Jumaat, 29 Disember 2017

Billboard Onexox

## CUTI TAHUN BARU 2018 ##

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersempena cuti umum kehadiran tahun baru Masihi 2018 yang jatuh pada ISNIN 1 Januari 2018, HQ Onexox akan bercuti selama 1 hari. Oleh yang berkenaan, operasi HQ akan bermula semula pada SELASA 2 Januari 2018.

Dalam waktu tersebut, diharapkan segala permohonan MNP dapat ditangguhkan sehingga 2 Januari 2018 bagi mengelakkan kesulitan kelak.

Sekiranya anda mempunyai masalah berhubung talian Onexox, sila hubungi talian 12273 atau emailkan ke dmt@onexox.my berhubung isu pengedar dan cs@onexox.my bagi isu berkaitan pengguna.

SELAMAT TAHUN BARU 2018 DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA ONEXOX.

"Rawang lokasi billboard sulung,
BLACK mengintai menanti dijamah,
Tirai 2017 hampir ke penghujung,
Semoga 2018 penuh barokah"

#onexox #otwao #selamattahunbaru2018

Isnin, 25 Disember 2017

Kami Perlukan Lebih Ramai Subdealer

Saya mencari orang #alorsetar yang nak buat part time di Giant Alor Setar. Kami sediakan platform perniagaan.
Anda cuma bawa diri, sedikit kesabaran dan semangat.
InsyaAllah, kejayaan kita rasai bersama.
Jika berminat, hubungi 013 973 3779
Sila share kepada rakan anda di Alor Setar.

KAMI MEMERLUKAN SUB DEALER
Bagi anda yang masih mencari pekerjaan/pendapatan sampingan, kami menyediakan platform untuk anda jana pendapatan 3-5 angka!

PROJECT X-FORCE
Adalah kemudahan yang disediakan oleh ONEXOX kepada para dealer untuk meluaskan pasaran melalui jualan simkad dan topup.
Anda tak perlu bawa meja merata-rata, tak perlu pening kepala nak cari tapak pasar malam...

KAMI SEMAKIN MEMBESAR
Bermula dari UTC Alor Setar, kemudian di Amanjaya Mall Sg.Petani, Mydin Alor Setar, Giant Alor Setar dan beberapa tempat lagi... Membuktikan bahawa produk & servis ini mendapat permintaan yang tinggi.
JUSTERU itu, maka tenaga kerja lebih diperlukan.

INCOME ANDA TENTUKAN!
Kami tidak memerlukan pekerja. Kami mahukan rakan niaga. Income anda tentukan. Membayar pekerja yang nak makan gaji buta bukan cara kami. Yang bersemangat nak capai sasaran, itulah yang kami mahu.

Nak RM30? RM300? RM3000?

Anda tentukan!
Jika BERMINAT, hubungi 0139733779
Wasap.my/60139733779


Ahad, 24 Disember 2017

Onexox Giant Al-Bukhary Alor Setar

"Ye la, ye la... satgi ceq pi laa...", keluh Alif.
Dia sebenarnya dah jemu atau orang Kedah kata cemuih mendengar 'nasihat' oleh ibunya hampir setiap minggu.
Mana taknya, hampir setiap hari dia bangun lewat.
"Orang muda macam hang ni mana elok bangun lewat-lewat. Nanti rezeki mahal... Tu pasai la hang ni payah dapat kerja. Topup pun mak jugak yang nak kena belikan..."

Setiap kali ibunya berpesan, dia diam membisu saja. Dalam hatinya, ada rasa menyampah juga. Tapi, apakan daya. Dia juga mengakui benar kata ibunya.
Semenjak terjebak dengan Mobile Legend, Alif selalu menangguh urusannya. Lebih² waktu tidur kerana hanya pada pukul 2 pagi sehingga 10pagi saja dia boleh gunakan data internet sepuas-puasnya.

Dia perasan, kesihatannya juga semakin merudum akibat terlalu kerap tidur lewat dan menonton dalam bilik yang gelap. Matanya seakan semakin rabun.
"Kalau hang pakai onek onek tu, tidak²nya, takdelah mak nak kena beli topup tiap² minggu. Beli banyak data terus. Pakai ja 2 gib sebulan. Cukup. Lepas enam bulan lagi nanti baru mak topup lain..."
Alif segera mencapai kain tualanya. Dia nak mandi dan bersiap ke Giant Alor Setar. Ibunya dah aturkan Grab untuknya.


Meh laa kita ke GIANT ALOR SETAR kat Kompleks Souq Al-Bukhary nuuu.
ONEXOX GIANT ALOR SETAR KINI BEROPERASI
Temui barisan promoter kami yg mesra, suka mmbntu & ramah tamah di Kiosk Onexox Giant Alor Setar di Kompleks Souq Al-Bukhary.

^^^PERKHIDMATAN KAMI^^^
😊 Pendaftaran Nombor Baru (Starter Pack)
😊 Pendaftaran utk kekalkn nombor lama (mnp)
😊 Topap
😊 Servis penggantian simkad yg rosak (srp)
😊 Pendaftaran Dealer & Subdealer
😊 Konsultasi peluang perniagaan dlm bidang telekomunikasi.
10pg - 10mlm Setiap Hari

Jumpa anda di sana.
"PENJIMATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Sabtu, 23 Disember 2017

Jenis-Jenis Season Pass ONEXOX

Apa beza SP FAT, SP PLUS  dan SP HAPPY HOUR?

Jawapan :

SP FAT : Promosi data percuma untuk user baru sahaja, baik MNP atau beli no baru. Boleh beli dalam masa 10 hari sahaja.

SP PLUS : Boleh beli setiap bulan tapi hanya sekali sahaja. Dapat free data, minit dan sms.

SP HAPPY HOUR : Beli sewaktu promosi keluar sahaja, tak tentu bila keluar.

SEASON PASS : Fungsinya sama, boleh carry forward dan kongsi sesama ONEXOX.

www.wasap.my/60139733779

Sifu Pemasaran Online Nak Marah Dengan XOX

Copy Paste dari facebook beliau
.
.
Mula-mula saya nak mengamuk dengan XOX ni. Bukan main pening pakej data internet dia bagi. Kalau bagi pamplete, tudiaaa bersepah jadual sana sini.

Tapi, saya cukup 'salute' dengan pegawai yang saya hubungi di talian 12273. Nama dia, Mr. Pavalan. Saya harap kalau Manager dia baca ni, kena naikkan gaji dia, sebab dia dah jadikan saya seorang pengguna internet yang BIJAK.

Dia terangkan saya macam kat bawah ni. Akhirnya, baru saya sedar walaupun pening dan berbelit-belit, baru saya nampak macam mana nak 'manipulate' benda ni.

Di bawah ni, saya cuma bercakap pasal DATA INTERNET je tau. Tak mau sembang pasal Voice ke, SMS ke apa. Saya guna fon yang boleh masuk 2 SIM. Jadi, SIM 1 untuk internet, SIM 2 untuk Call/SMS.

********

Kat XOX ni, kita ada 2 benda nak kena tengok.
1) Jumlah DATA
2) Jumlah SP (Season Pass)

Jumlah Data ni, ibarat dia macam Duit Poket kat tangan. Maknanya jumlah berapa internet yg kita kena habiskan dalam 30 hari.

Jumlah SP ni, ibarat dia macam Duit kita kat bank. Maknanya jumlah berapa internet yang terkumpul (yang kita simpan).

So, nak kasi mudah, saya simpulkan macam ni je,

Jumlah Data = Internet kat poket
Jumlah SP = Internet kat dalam 'bank'

Ok, setakat ni, kalau dah faham, mari saya tunjuk situasi pula.

********

Biasanya, sepanjang guna internet seharian, kita akan hadapi 2 situasi ni, kan?

A) Bila tiba hari ke-30, data internet kat 'poket' kita masih berbaki
B) Data internet kat 'poket' kita habis (kurang dari 30 hari)

UNTUK SITUASI A:

Nak bagi mudah faham, kalau kita habis duit kat tangan, kita kena cucuk duit dari bank kita, kan?

Jadi, kita kena 'cucuk'/withdraw internet kita dari 'bank'.

Caranya, hantar SMS berbentuk DATA END dan kirim ke 22111 (untuk tamatkan kontrak 30 hari).

Lepas tu, baru boleh 'cucuk'/withdraw. Tapi, 'Bank' XOX cuma kasi kita withdraw dalam jumlah ini sahaja, 500MB 1GB 2GB 5GB 10GB.

Oleh itu, cara nak hantar SMS kena begini, DATA FAT2 ke 2211. *FAT2 tu maknanya 2GB. Kalau FAT500 tu maknanya 500MB.

Ok, kesimpulan ada 2 step
i - DATA END ke 22111
ii- DATA FAT2 ke 22111 (kalau nak withdraw 2GB)

UNTUK SITUASI B

Dalam tempoh 30 hari, kalau data internet kat 'poket' kita ada berbaki, kena ingat, data internet itu akan HANGUS.

Contoh, sebulan yang lalu, saya ada withdraw 2 kali. 1GB + 1GB. Yang 1GB pertama tu, 14 hari je habis. Kemudian, saya tambah lagi 1GB, tapi saya cuma pakai 500MB saja.

Tup-tup, eh dah 30 hari. Maka, saya terlupa ada baki internet 500MB dalam 'poket'.

Jadi, padan muka lah kan, siapa suruh topup 2GB tapi cuma pakai 1.5MB. Lain kali topuplah sikit-sikit, 500MB dulu, habiskan baru withdraw 500MB lagi.

TIPS:
Kalau nak tengok berapa baki data internet kat 'poket' dan di 'bank', kena semak *150# kemudian pilih 1.

Nanti kita dapat tengok
Baki Data = internet dalam 'poket'
Baki Season Pass = internet dalam 'bank'

*******
Ok, macam mana kita nak ada data internet kat 'bank'?
Macam mana nak menyimpan di 'bank'?

Di sini, awak tak payah nak bukak jadual ke apa. Buat jadual pun pening. Meh saya cerita paling senang.

(Diulangi, ni kita sembang pasal DATA INTERNET je tau. Tak mau sembang pasal Voice ke, SMS ke apa.)

XOX 'jual' internet kepada kita 1GB berharga RM5. Nah, itu saja. Semudah itu.

Tapi, kena ingat. XOX cuma kasi kita beli 'bank' data internet berjumlah 20GB, 30GB, dan 50GB SAHAJA.

Maknanya, kita kena bayar RM100, RM150, atau RM250 untuk 'menyimpan' internet dalam 'bank' kita.

Rilek, rilek, jangan panik. 20GB, 30GB dan 50GB yang awak beli tu, tak akan EXPIRED pun. Baki 'simpanan' awak tu tak perlu gelabah nak dihabiskan dalam tempoh ke apa. Simpan saja kalau tak pakai, sebab ia boleh di'carry-forward' SAMPAI BILA-BILA.

Yang lagi best, internet yang kita 'simpan' di 'bank' (Season Pass nama dia), boleh di'pass-pass' kepada pengguna XOX lain.

Macam saya, saya pass kat isteri saya 1GB sebulan sekali, sebab rupanya dia cuma pakai internet tak sampai 500-600MB saja sebulan.

Nampak tak, betapa bestnya bila internet kita dapat kawal, macam kita kawal duit di poket kita.

********
Di sini, saya baru perasan satu benda.

Saya dah macam-macam telco cuba. Postpaid, prepaid, semua dah cuba. Jadi, ini pendapat peribadi saya lah.

Saya bukan nak menjual. Sekadar review, namun saya tak dibayar untuk menulis ini...

Setakat ni bagi saya ini Pelan Pay Per Use yang terbaik pernah ada di muka bumi.

PAY PER USE

Berapa awak pakai, itu saja yang perlu awak bayar.

Saya dah benci dan muak dengan pakej yang 'gula-gula' kan kita, UNLIMITED sana dan sini. Pakej Kombo pe bagai.

Saya baru pancung telco saham Sultan Johor tu.

RM28 sebulan dapat 3GB (Maknanya 1GB = RM9.30), untuk Apps Unlimited, untuk Video 3GB. Saya memang selalu guna habis 3GB.

Kalau masuk GST, Telco U sebulan RM30, Telco XOX sebulan RM15.

Separuh beza, kan?

Dari RM150,
Dengan Telco U = saya dapat 5 bulan bill.
Dengan XOX = saya dapat 10 bulan bill.

Setahun saya dah jimat RM180.

Tu belum campur saya guna Maxis, SABTU AHAD percuma 1GB sehari. Peh.

Saya kira penjimatan isteri saya lagi lah (sebab dia pakai tak sampai 1GB sebulan kan), dia jimat RM300. Ni kalau tunggu dua tahun dah boleh dapat 1 bahagian Lembu Korban woo...

********

Akhir kata, dah nak masuk 2018 ni.

1) Bagi saya, berapa banyak JAM yang kita guna internet setiap hari, bergantung berapa banyak INTERNET yang kita 'pegang'. Awak ambil UNLIMITED, awak kena ingat, dunia internet awak juga UNLIMITED.

2) Bila kali terakhir kita SUMMARIZE perbelanjaan tahunan yang lalu. Tiga tahun lepas, saya pancung YES4G dan tahan diri beli kereta baru, dengan izin Allah saya boleh bawa isteri jalan ke Jepun.

3) Awak ada cita-cita nak pegang RM5Juta? Belajar dulu cara urus RM5. Dah power, baru faham macam mana.

4) Berapa banyak yang kita nak 'pancung', dan berapa yang kita nak 'gain'? Set your own goal.

Khamis, 21 Disember 2017

PROGRAM TUNAS USAHAWAN

Siapa ada adik2 atau saudara mara nsk berniaga umur 18-30 boleh mohon. Geran RM15,000.. tak perlu bayar balik.. kena pergi kursus ala plkn 3 minggu..

tube.smecorp.gov.my

Dana TUBE RM15,000 utk perniagaan belia berumur 18 - 30 tahun.

PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2018

Kepada anak-anak muda yang berumur di antara 18-30 tahun yang mempunyai minat mendalam dalam perniagaan, rebutlah peluang keemasan ini.

Permohonan atas talian dibuka mulai *18 Disember 2017 sehingga 12 Jan 2018*. Semua pemohon Program TUBE MEGA 2018 bolehlah melayar laman web -  http://tube.smecorp.gov.my

Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh diajukan ke talian 03-27756000 / Infoline 1300-30-6000  atau mana-mana Pejabat SME Corp yang berhampiran.

"Belia Hari Ini, Usahawan Hari Esok"

Sekian, harap maklum.

Isnin, 18 Disember 2017

Tips Nak Dapat Pelanggan

tips nak dapat pelanggan yang banyak dan setia :

1. RINGANKAN MULUT
Ringankan mulut untuk tegur orang ramai. Letakkan sasaran sehari tegur 100 orang. Lawal of numbers, mesti dalam 100 orang tu at least ada 10 orang yang berhenti.

2. CINTA PANDANG PERTAMA
Orang putih kata, "The first impression comes from look". Maksud dia lebih kurang macam, pandangan pertama ialah penampilan.
Penampilan yang baik dan bersih mudah untuk menarik orang. Sesungguhnya kebersihan amat dituntut syarak. Semua orang suka kebersihan.

3. GUNA BAHASA MUDAH
Guna bahasa yang paling mudah pelanggan faham. Jangan terlalu excited untuk bercerita. Cuma terangkan mengikut kehendak dan rasa ingin tahu pelanggan.

4. LATIH TUBI
Praktis dari sejam bercerita kepada 5 minit bercerita kepada pelanggan supaya tidak lari fokus dan tidak mendatangkan kebosanan kepada pelanggan.

5. BAGI RUANG DAN PELUANG
Bagi peluang kepada pelanggan untuk fahami kebaikan onexox dulu. Jangan memaksa pelanggan. Tunjuk demo call atau speed internet.

6. BERI KEYAKINAN
Yakinkan kepada pelanggan yang servis kita adalah yang terbaik. Terus bagi tahu pelanggan jika ada sebarang masalah, hubungi khidmat pelanggan 12273.

7. KAJI SELIDIK
Selepas 3 hari pelanggan kita guna follow up untuk survey kepuasan pelanggan. Kemudian, cerita tentang kelebihan UGU.

Ahad, 17 Disember 2017

Lagi Sehari

Stay tuned everybody! We will be drawing the Weekly Prize winners and Grand Prize winner of 'Jom! Win a Vespa' campaign on a live video tomorrow.

Tune in to our page to see if you are the lucky one riding away with a Vespa S 125 ;)

#JomWinAVespa

Soalan Paling Kerap Ditanya

SOALAN FAVOURITE PENGGUNA BARU ONEXOX.

Lyt tu apa?

Jawapan paling mudah, itu adalah meter berapa ringgit dah pengguna topup sepanjang pakai ONEXOX. Bila pengguna tau itu meter jumlah topup, apa boleh pengguna buat?

Macam ni.. nombor ni pengguna dah pakai masuk 3 tahun bermula Januari 2015 sampai sekarang. Sebelum tu pengguna pakai postpaid Celcom RM108 sebulan tidak termasuk GST dan caj lain. Biasanya kena bayar sekitar RM115.00.

Jadi pengguna boleh kira purata perbelanjaan bulanan sejak pakai nombor ni dengan ONEXOX?

Mula-mula, pengguna boleh tolak dulu baki yang ada untuk dapat jumlah sebenar yang telah dipakai.

RM 2281.00 - (RM43.36 + RM16.00) - (RM5.00 x 11GB) - (9 sen x 148 minit panggilan) - (10 sen x 255 SMS)
= RM2281.00 - RM153.18
= RM2127.82 penggunaan sebenar sepanjang tempoh 36 bulan.

Purata sebulan adalah RM2127.82 / 36 bulan = RM59.10

Berapa jumlah penjimatan sebulan? RM115.00 - RM59.10 = RM55.90.
JIMAT 48.6%.
Setahun pengguna jimat RM670.80.
DALAM TEMPOH 3 TAHUN, PENGGUNA INI TELAH BERJIMAT SEBANYAK RM2012.40!

Dengan ONEXOX, pengguna merasai penjimatan sebenar. Bukan digula-gulakan dengan omongan unlimited data, unlimited call, kuota data besar dan lain-lain yang sebenarnya tidak membawa manfaat secara terus dan telus kepada pengguna.

Mari bertukar kepada ONEXOX, anda pasti berpuas hati :)

Jumaat, 24 November 2017

ONEXOX BLACK FRIDAY

Black Friday hari ini! sertai kami dalam talian eksklusif ini.

Dapatkan pek Sim PERCUMA yang dihantar kepada anda secara PERCUMA apabila anda melanggan dalam talian ke mana-mana SEASON PASS FAT dan membelanjakan sejumlah RM30 ke atas dalam satu transaksi untuk mendapatkan data PERCUMA dan T-shirt EXCLUSIVE XOX PERCUMA.

Tarikh: 24 November 2017
Masa: 12.00 - 11.59 malam
Dapatkannya di sini:
Perhatikan bahawa promosi ini hanya boleh didapati di XOX Online

info lanjut:
http://onlinestore.xox.com.my/purchase.php?Dlr=dysd24850

Sabtu, 18 November 2017

Sabtu, 11 November 2017

Tawaran Istimewa 11 November

Untuk mereka yang baru ingin mencuba perkhidmatan ONEXOX!

11.11 special.

Pada 11.11, dari jam 11am-11pm, anda layak dapat starter pack, voucher KFC, voucher TEALIVE dan pos percuma dengan pendaftaran ONLINE. Hanya pegi ke link di bawah untuk pendaftaran.

Semuanya percuma!
http://onlinestore.xox.com.my/purchase.php?Dlr=dysd24850

Khamis, 2 November 2017

Sekitar Santai Bersama CEO di Holiday Villa

Pada 27hb Oktober lepas,
Sebelum perasmian XPP pertama di Malaysia,
CEO Onexox Sdn Bhd, saudara Bobby Farid Shamsudin telah hadir bertemu hampir 150 dealer dan sub-dealer dari seluruh negeri Kedah untuk berkongsi maklumat semasa dan pelan akan datang.

InsyaAllah pelan post-paid yang tak macam post-paid akan lahir dari XOX. Nantikannya pada 15 November ini!

XPP C-MART ARAU DIBUKA!

Alhamdulillah,
Pada 28 Oktober 2017
Secara rasminya projek XPP(XOX Partnership Program) telah pun dilancarkan buat pertama kalinya di Arau, Perlis.
Tahniah diucapkan kepada pemiliknya Area Dealer Ustaz Hairey bin Hamzah.

Acara dirasmikan oleh CEO XOX saudara Ng Kok Heng dan CEO ONEXOX saudara Bobby Farid Shamsudin pada jam 3.00 petang.

Rabu, 25 Oktober 2017

ONEXOX Lancarkan Season Pass Plus

Assalamualaikum,

Hari ini 25hb, ONEXOX dan XOX telah membuat kejutan kepada para pengguna, dealer dan tak kurang juga kepada team teknikal serta khidmat pelanggan dengan plan terbaru!

Nampak je kat facebook XOX Malaysia, terus saya call careline pasal plan ni. Tapi malangnya careline pun terkejut, lalu disuruhnya saya hubungi dealer management team(DMT).

Alhamdulillah, setelah dijelaskan oleh DMT... saya boleh simpulkan begini...




1. Seorang hanya boleh beli sekali sebulan.
2. Data, minit dan sms semuanya terus masuk ke akaun season pass.
3. Contohnya, beli SP PLUS30, anda akan dapat 6GB, 50 minit & 50 sms
4. Semua data, minit dan sms tersebut boleh dikongsi sesama pengguna ONEXOX
5. Ia tidak expired atau luput...
6. Kita hanya akan dapat data, minit & sms FREE jika internet kita dalam keadaan auto renew.
7. SEKIRANYA kita dalam keadaan OFF AUTO RENEW, kita TIDAK akan dapat yang free tu. Maksudnya, RM30 hanya akan dapat 5Gb.
8. Kesimpulannya, on kan saja auto renew apabila hendak membeli....

Pelan ini bagi saya sangat baik bagi pengguna yang SERIUS NAK JIMAT... Sebab, dengan hanya RM30 sahaja sudah ada data, minit & sms yang cukup banyak bagi pengguna optimum yang tak suka membazir, dan guna tanpa lagha...
DAN yang paling best, tentulah validity yang lama.... iaitu 28 bulan, berbanding dengan Season Pass biasa yang anda hanya dapat 5Gb dengan RM30...

So, bagaimana? Berminat untuk berjimat? JOM Hubungi saya, 013 973 3779 untuk dapatkan simkad anda. Anda boleh kekalkan nombor yang anda sedang guna sekarang dengan hanya RM10 sahaja!

Isnin, 16 Oktober 2017

Waterfront Pantai Murni Yan Kedah

Assalamualaikum,

Baru-baru ini kurang lebih dua minggu lepas, saya berkesempatan melawat Pantai Murni di Yan, Kedah yang telah dibuka semula kepada pengunjung dengan imej baru.


Signboard baru yang lebih menyerlah

Ruang pejalan kaki yang lebih luas

habitat ikan belacak

ikan belacak terus depan mata!





pemandangan matahari terbenam yang indah



tendou michi no otoko



cewaaahh... macam kat oversea ka? Eh.. memang over the sea pun! hahaha






BEST TAU SANTAI-SANTAI DEKAT SINI.... KORANG BOLEH LA DATANG SINGGAH TEMPAT NI.
BOLEH DICARI GUNA GPS

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...