Sabtu, 7 Julai 2018

PAK MAT WESTERN BUKIT MINYAK

Alhamdulillah...

Memang sedap giler masakan kedai ni!
Yoshi puas hati sebab RASA dia memang PADUUUU. Sos dia tu boleh ketagih beb. Tak reti nak habaq lagu mana. Boleh lawan hotel punya.

Harga pun murah je. Fish Fillet pun baru RM7.90, Nasi Goreng Lamb Grill pun baru RM16. Isi lembut. Portion pun puas hati.

Servis tip top. Masa sampai je waiter dia dah sedia tunggu. Tanya nak duduk berapa orang. Order siap cepat walaupun ramai orang. Layanan baik, siap tanyak setiap meja ”ada yang tak dapat lagi tak? Rasa okay tak?"

Lokasi korang boleh cari guna google maps atau waze. Tak susah pun nak jumpa.




Isnin, 25 Jun 2018

FACEBOOK KUAT TELAN DATA

SAYA BUKA FB SIKIT² JE TAPI KENAPA DATA CEPAT HABIS?

INI PERKARA ANDA WAJIB TAHU...

Ramai yang ada masalah ni... Data cepat habis walaupun...

Video tak sampai 10saat pun kejap je habis..?

Video tak buat autoplay pun..?

1. Facebook SELALU update sistemnya. Tanpa perlu minta izin dari anda. Walaupun anda dah off auto update.

2. Sebab tu selalu je sedar² je dah ada macam² animated text cam keluar belon² tu. Emoji macam² jenis.

3. Dan yang paling baru, jenis kualiti video. Paling ramai tak sedar tentang ni. Facebook akan gunakan setting default kepada best quality untuk setiap video yang anda tonton.

4. Ada sesetengah video anda langsung tak boleh tukar kualiti video. Maksudnya, walaupun durasinya cuma 1 minit, tapi data yang digunakan mungkin cecah antara 16Mb ke 34Mb atau mungkin lebih!

5. Jadi, cara terkini untuk anda jimatkan penggunaan data ialah dengan tukar resolusi video seperti dalam gambar.

#usahaonesp


Sentuh skrin pada video supaya keluar menu.


Tekan butang setting


Akan keluar menu kat bawah. Ini contoh video yang tidak boleh ditukar resolusi.


Ini contoh video yang anda boleh tukar resolusi. Pilihlah mengikut keperluan anda.


Khamis, 14 Jun 2018

Selamat Hari Raya 2018

Salam Syawal.
Semoga Hari Raya kalian meriah disamping keluarga tercinta dimana jua kalian berada.

Maaf Zahir Batin
MUKMIN (ONEXOX Authorized Dealer DYSD24850)


Sabtu, 2 Jun 2018

Majlis Berbuka Puasa XOX

Kami menganjur majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kasih Murni di Mydin USJ hari ini. Kami harap majlis ini meriah dengan kehadiran anda semua sambil membeli belah! Terima kasih atas kehadiran semua!

What a wonderful opportunity for us to go Raya shopping & berbuka puasa at Mydin USJ today with the children from Pusat Jagaan Kasih Murni. We hope you children had a good time. A huge thanks to everyone who participated!


Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana turunnya Al-Quran.

Pada bulan ini. Semua umat Islam berpuasa.


Di Malaysia, ia adalah pesta amal dan jualan besar-besaran. Baju raya, kuih raya dan lain-lain.

Tak de masa nak buat kuih Raya? Datanglah ke Space@XOX untuk membeli! Sedap dan semestinya dengan harga yang berbaloi.

Sebahagian hasil jualan yang dikumpulkan akan didermakan ke rumah anak yatim Pusat Jagaan Kasih Murni!  

Sekarang hingga 13 Jun, 10.00am - 10.00pm sahaja!
Lokasi: Space@XOX, Lot F1.72, 1st Floor, Blue Atrium, Sunway Pyramid


Pelanggan ONEXOX Prepaid anda boleh MEMENANGI RM250 (4 pemenang SEHARI) dengan hanya tambah nilai RM10/lebih dgn kempen Riang Raya kami.  bit.ly/drrirya 


Sabtu, 28 April 2018

Promosi Data Sempena PRU14



Waktu macam ni mesti ramai yang nak pakai data kan?

Ye la, nak gaduh online parti mana lebih hebat , lebih halal , lebih telus , lebih bertanggungjawab dan sebagainya.

Kita tengok ada di kalangan kawan-kawan Facebook kita tetiba jadi pakar analisis ekonomi dan politik negara ( fuhhh gempak weh! )

Tak kurang tukang simbah api, asid, cuka getah, baju manchester united kat dalam medsos ni.

Makin terasa bahang PRU kali ini!

Disebabkan onexox kesian kat fighter fighter ni, onexox nak bagi something extra la kat pengguna-pengguna ONEXOX ni.

Ni untuk pilhanraya yerr.. lepas tu tak jamin buat lagi dah.

Kira macam sumbangan kecil la yer...

Pembelian boleh dibuat dengan cara:

1. SMS kod SP GE14 dan hantarkan kepada 22111 @ 23388.

2. Dail *150# untuk Easy Menu.

3. MyXOX App

Sekian, majulah topup ONEXOX untuk negara!


Rabu, 21 Februari 2018

Siapa Yang Sesuai Pakai BLACK?



Dalam entry sebelum ni saya ada tunjukkan apa perbezaan plan BLACK dengan plan biasa.

Adakah BLACK sama macam plan post paid?
Jawapannya, TIDAK.
Ia bukan post paid sebab anda kena BAYAR DULU, baru boleh pakai. Sama macam prepaid. Bezanya dalam bulan yang sama, anda BOLEH BERHUTANG kalau beli data, minit mahupun sms sama macam postpaid tetapi mengikut kredit limit anda.

Kredit limit anda akan terpapar di bahagian 'current usage'. Jika nak tambah amount due, anda kena topup sama macam prepaid.

Baiklah... sekarang ni, siapa yang sesuai pakai plan BLACK?

Pada pendapat saya yang sesuai pakai plan ni ialah yang guna DATA LEBIH DARI guna panggilan/sms sekitar 10-20Gb sebulan yang bajetnya antara RM60-RM100.

Kenapa saya katakan demikian?

1. Kerana ada plan dari telco lain yang harganya sekitar RM80-90 yang menawarkan kadar panggilan unlimited dan data yang lebih atau, ada yang tawarkan data unlimited dan panggilan percuma sesama rangkaian.

2. Plan BLACK RM59 ke atas adalah plan yang lebih berbaloi berbanding plan BLACK yang lainnya kerana harganya tak setimpal dengan apa yang ditawarkan. Kenapa saya katakan sedemikian? Lihat poin no.3

3. Kitaran Plan BLACK berjalan mengikut tarikh penggunaan, bukan hari. Contoh, anda mula melanggan pada 19 Feb, maka tarikh bill anda seterusnya adalah pada 19 Mac berikutnya. Memandangkan Februari cuma ada 28 hari, maka; anda rugi dua hari penggunaan. Berbanding dengan Season Pass Plus yang juga merupakan komitmen bulanan, tetapi kitaran bayaran adalah setiap 30 hari.

4. Sebagai pengguna BLACK, anda ada kelebihan untuk guna data secara terus. Jika tak habis, ia boleh di bawa ke bulan seterusnya. Namun, 'carry foward' tersebut terhad sehingga 100Gb sahaja.

5. Jika anda yang jenis BANYAK CALL, anda tidak sesuai guna plan BLACK walaupun anda sememangnya berbelanja lebih dari RM60 untuk guna fon. Plan BLACK tidak menyediakan plan untuk pengguna minit tegar.

6. Memandangkan sekarang ni orang dah kurang guna sms, maka... secara automatiknya, pengguna BLACK akan jadi pengumpul sms tegar. Sebab amaun sms dan minit adalah sama. Contohnya jika anda ambil plan B59, anda akan dapat 100 min & sms. Maka, setiap bulan anda akan kumpul 100 sms selagi anda masih guna fon. Sedangkan dengan plan prepaid onexox sedia ada sudah cukup flexible untuk ANDA TENTUKAN penggunaan anda.

Saya berpendapat, yang sangat sesuai guna plan BLACK ni ialah yang buat bisnes yang tak terlalu sibuk. Kelebihannya untuk orang macam ni ialah:

1. Data yang cukup untuk sebulan. Cukup untuk buka facebook, upload gambar, guna whatsapp dan sekali sekala buat video call/video conference/live streaming dan tonton video online sekali sekala

2. Sesuai juga yang jenis call sekali sekala lama, sekali sekala sekejap. Not too much but not too less. Just enough.

3. Yang buat SMS blast kat pelanggan. Macam saya. Saya juga banyak guna SMS untuk komunikasi kerana ia lebih terjamin sampai kepada pelanggan.