Ahad, 13 November 2016

BKB Fast 2 Kedah

Alhamdulillah, Program BKB Fast 2.0 telah berlabuh tirainya pada petang semalam dengan jayanya.
Peserta yang hadir seramai hampir 100 orang dan 7 dari 12 orang para AD(Area Dealer) dari rangkaian AD Yusman serta urusetia berkampung di Chalet Puteri Ayu, di daerah Yan, Kedah.

Bermula jam 8.00 pagi peserta telah mula mendaftar masuk dan program bermula pada jam 9.00 pagi. Program berakhir pada jam 5.30ptg. Kehadiran tetamu khas dari Kuala Lumpur, Tuan Shahrul (Motivator tersohor- Head of Sales Onexox) menyerikan lagi program tersebut.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan juga anugerah Dealer terbaik yang disampaikan pada penghujung program. Tahniah!

Sepanjang program #bkb #onexox ni memang saya takde selfie. Sibuk uruskan aturcara. Apapun, #syokgiler program #teambkb hari ni! ^_^
Harap semua hadirin ter1nspirasi dengan semua perkongsian hari ini dan harap ia dapat jadi pemangkin untuk kalian rancang perjalanan mencapai impian anda! #kauboleh

All 100 peoples #teambkb yang menjayakan program #bkb 2.0 kali ini.
Jom sertai kami. Beli simkad #onexox yang RM10 tu, then daftar jadi dealer.
Nanti boleh la uols join event kami ni
lambattinggal.com/mukmin.0139733779






















Selasa, 8 November 2016

Cara Langgan Onexox Season Pass

Apa tu Season Pass?
Ia tak ada kaitan dengan cuaca mahupun musim.
Ia adalah pakej langganan belian secara pukal yang boleh dikongsi.

Ada 5 cara untuk anda langgan season pass.

Sila rujuk gambar.

Untuk butiran lanjut hubungi 013 973 3779
Mukmin (DYSD24850)
013 973 3779 (Sg.Petani/ UTC Alor Setar)

Sabtu, 5 November 2016

10 Tips Usahawan Berjaya

10 TIPS MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA

1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...