Khamis, 24 Ogos 2017

Macam Mana Sebenarnya ONEXOX Ni?

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak share LEBIH dari biasa tentang ONEXOX. Supaya anda lebih faham.
Saya kongsikan dalam bentuk komunikasi dua hala supaya tampak lebih nyata.

Perbualan ni saya salin-tampal dari whatsapp antara saya dan salah seorang calon pengguna.

Silakan baca ya...

Prospek: Bos kalau saya tukar maxis ke xox ni... Register fee mcm mana?                       
Yoshi: Rm10 je. Kalau nak ambil pakej. Saya boleh bagi sim tu free
                       
Prospek: Pakej mcm mana bos? Sorry saya tak tau sangat benda2 ni                       
Yoshi: Jap na... Macam ni              
📱Simkad RM40
= 850 hari validiti + 333minit Free 500Mb

📱Simkad RM40
= 850 hari validiti + 5GB Free 5Gb + 500Mb

📱Simkad RM60
= 850 hari validiti + 10GB Free 10Gb(30 hari) + 500Mb

📱Simkad RM70
= 850 Hari validiti + 5GB Free 5FreeGb(30hari) + 333minit (semua rangkaian) Free 500Mb
                       

Prospek: Bos gb tu ada expired tak?                       
Sebab saya biasa guna wifi                       
Kalau berjalan(keluar) je guna data
 


Yoshi: Gb yang simpan tu tak jalan selagi tak guna
Part data sedang diguna tu kita tarik dari stor season pass tu.
Dia tak jalan kalau guna wifi                       
Boleh guna sikit2. Minima 500Mb/30 hari                       
Saya tulis panjang sikit ye. Kasi faham sikit  
                     

Kredit:
Telco biasa camni. Topup RM50, maka dalam akaun ada la kredit RM50 kan?

Tapi ONEXOX lain...
Dia ada DUA akaun. DA(dedicated account) dan MA(main account)
Kenapa ada dua?
Supaya orang yang topup sikit pun layak dapat rate murah.
Bila topup rm5, rm2 ke DA, rm3 ke MA.
Topup rm10, 4DA, 6MA
Topup rm30, 20DA, 10MA,
Topup rm50 ke atas. Semua pergi DA. Sebab DA rate call/sms paling murah.
Konsepnya, macam beli t-shirt, sehelai RM10, 10helai RM80, macam tu... DA tu ibarat stor kredit yang dapat murah.                       

Call rate:
1~10saat = 5sen
Sama network:

DA = 7sen (30saat pertama)
DA = 8 sen (30saat kedua)
Seterusnya akan saling berganti, 7,8,7,8

Lain network:
DA = 9sen/30saat

MA = 12sen/30saat(lain/sama)

Ada call rate lagi murah...

SMS;
DA = 10sen/sms
MA = 15sen/sms                       

Call rate boleh dapat lebih murah dengan cara melanggan Season Pass. Hanya rm30 = 333minit semua rangkaian. Boleh beli lagi guna kredit bila minit dah habis                       

Data;
24jam rm3 1Gb
1minggu rm10 2Gb
30hari rm12 500mb
30hari rm15 1Gb
30hari rm25 2Gb
30hari rm30 5Gb
30hari rm50 10Gb

Untuk lebih jimat, beli pakej data Season Pass.
Kelebihan data Season pass,
Tidak expired
Boleh guna sikit-sikit
Boleh dikongsi                       

Lain2 kelebihan sim:
1800sms(150sms x 12bulan) percuma sesama onexox. Tak expired.
Kredit tersedia rm5

Data percuma 500Mb apabila anda topup rm30 sekali sebulan. Selama 5 tahun dari tarikh pertama anda guna onexox

Bonus UGU(user get user) 6%
Ini adalah insentif penghargaan dari syarikat apabila anda rekemen kenalan anda jadi pengguna onexox. Setiap kali dia topup, anda dapat kredit percuma bernilai 6% dari jumlah topup bulanan mereka.                       

Yoshi: Jika ada soalan tak faham boleh tanya 
                     
Prospek: Bos kalau data season pass tu berapa RM?                       
Yoshi: Untuk new user ada promosi                       
Rm30 = 5gb(28bln) free 5gb(30hari)
Rm50 = 10gb(28bln) free 10gb(30hari)

                    
Prospek: Yang ni maksudnya sekali buat internet tahan 2 tahun ya bos walaupun kita tak renew pass internet tu                       
Lagi satu, misal kata kalau 5Gb tu habis, dia ada slow atau terus habis tak boleh guna data?

Yoshi: Bukan. Data tu duk dalam stor lebih 2tahun. Kira bila check data tu ada dua jenis balance
Data balance = data 30hari yang dilanggan/ yang ditarik dari season pass
Season Pass = data simpanan 2tahun atau lebih (ikut expired sim)                       
Kita tak ada capped speed                       
Full speed hingga byte yang terakhir 😊                       
Prospek: Yang ni saya faham


Yoshi: Kita tak ada basic                       
Prospek: Yang ni jap saya nak hadam. Sebab yang stor tu tak berapa faham.                       
...............reading............... Ok bos saya faham
Maknanya setiap bulan kita kena renew pass internet kan? Dan kalau dalam masa sebulan 5Gb tu tak habis, dia tak burn, tapi dia masuk dalam stor (season pass)

Yoshi: Tak perlu setiap bulan
                                              
Saya tulis situasi                       
Contoh


Mat beli pakej RM70 pada 19 Ogos 2017, dia dapat
kredit DA:RM5, MA: RM0
Expired date: 19/01/2020
Data: 5Gb
Data expired: 18/9/2017
Free sms: 150
Season pass: 5.5Gb, 333 minit, 0 sms                       
Pada bulan tersebut, Mat call
Ali seminit,
ayah 5 minit,
isteri 2minit,
Atan 30saat


Sms
customer A sekali
Customer B dua kali
Customer C (sama rangkaian 10 kali)

Data guna 3Gb,

Baki terkini Mat kini
kredit DA:RM4.80, MA: RM0
Expired date: 19/01/2020
Data: 2Gb
Data expired: 18/9/2017
Free sms: 140
Season pass: 5.5Gb, 324 minit, 0 sms

                      
Pada 17/9/2017, data yang dipakai habis. Namun, Mat tidak mahu guna data lagi kerana, rumahnya ada wifi...
Baki terkini Mat ialah

kredit DA:RM4.80, MA: RM0
Expired date: 19/01/2020
Data: 0.0Gb
Data expired: 18/9/2017
Free sms: 140
Season pass: 5.5Gb, 324 minit, 0 sms                       
 

Sehingga 2/10/2017, mat hanya guna wifi. Kini, dia mahu guna data, tetapi sedikit sahaja. Oleh kerana masih ada kredit, data dan minit panggilan, maka, Mat tidak topup. Dia hanya tarik data 500Mb dari simpanan season pass nya sahaja.

Baki terkini Mat ialah...

kredit DA:RM4.80, MA: RM0
Expired date: 19/01/2020
Data: 500Mb
Data expired: 1/11/2017
Free sms: 140
Season pass: 5.0Gb, 324 minit, 0 sms

                      
Prospek: Bos kalau tarik dari season pass tu perlu bayaran tak?                       
Yoshi: Tak                       
Prospek: Yg lain2 rasanya saya faham


Yoshi: Season pass tu ibarat kredit yang kita dah convert dalam bentuk servis 😍                       
Prospek: Ok bos. Tq atas penerangan panjang lebar. Saya memang mencari sebab hari tu pak mertua pon recommend. Buat masa sekarang ni belum lagi nak tukar. Tapi insyaAllah hujung bulan atau awal bulan depan tukar. Onexox dah ok rasanya. Nanti saya inform bos balik insyaAllah.                       
Yoshi: Ok baik

Jumaat, 18 Ogos 2017

Usia Bukan Penghalang Kejayaan

// TAHNIAH PAK USMAN MUNAP //🔥
.
Kami dari warga UsahaOneSP ingin menucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada Encik Usman Munap @ Usman Jaya diatas pencapaian yang amat membanggakan kami semua.
.
Beliau yang berasal dari Indonesia dan kini menetap di Klang telah sertai pernigaan ONEXOX ini pada tanggal 18/8/2015 dan hari ini adalah cukup istimewa baginya kerana genap 2 tahun bersama ONEXOX.
.
.
Beliau yang pada asalnya merupakan seorang peniaga di pasar malam dan apabila diceritakan tentang perniagaan ONEXOX, beliau terus merembat peluang ini tanpa pelbagai alasan yang diberikan walaupun telekomunikasi dan IT bukan lah bidang beliau. Malah faktor usia yang kini mencecah 57 tahun bukan lah penghalang baginya. Beliau tidak meletakkan dinding dihadapan beliau untuk beliau terus memulakan perniagaan ONEXOX.
.
Tanpa menunggu lama, beliau terus membuka meja di pasar pandamaran di waktu pagi dan juga pasar pudu disebelah petang sambil ditemani isteri tercinta. Malah dalam sehari juga pernah masuk sehingga 3 tapak berbeza. Dalam setiap pasar pula beliau membuka sehingga 2 meja yang berasingan berlainan penjuru. Satu di puntu depan beliau jaga. Dan satu lagi meja di pintu belakang isterinya yang jaga.
.
.
Kita sedia maklum nama Usman Munap bukan asing bagi kita kerana nama ini sering menduduki carta pendaftaran harian. Pernah dalam satu hari beliau mendaftar sehingga 32 simkad. 😲
.
.
Kini, genap 2 tahun telah berlalu.
Activation beliau sendiri telah mencecah angka 1400!
Satu pencapaian yang amat luar biasa. 🔥
.
Dengan hasil kerja keras ini beliau menikmati pendapatan yang cukup pasif walaupun sedang bercuti ataupun sedang kembali ke kampung halaman di seberang.
.
Pendapatan sebeginilah yang beliau inginkan.
Kalau dahulunya, perlu menjual minyak lintah di pasar, barulah ada pendapatan. Jika tidak menjual, tiadalah pendapatan.
.
Berbeda dengan ONEXOX, walaupun beliau sedang bercuti kesana kesini, tetap meraih pendapatan pasif berterusan. Kerana beliau percaya dengan kehebatan produk ini yang sangat menjimatkan serta produk keperluan harian. Dimana sahaja pengguna beli topup, beliau tetap dapat bonus 10% berterusan dari setiap pelanggan yang telah beliau daftarkan.
.
.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Usman tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajak rakan-rakan bersama beliau merembo di pasar dan berikan kata-kata yang cukup semangat.
.
.
Semoga Pak Usman akan terus berjaya dengan kejayaan yang lebih besar. Anda memang cukup kental..
.
.
Hanya dealer yang kental bisa tumbuh bertunas,
walaupun dimakan binatang ganas.
.
Dan hanya dealer yang kental bisa tumbuh bertunas,
walaupun dijemur 10 tahun panas.
.
.
Rasa sakit?
Ayuh bangkit..!
Pasti bisa..!  💪💪
.
.
#bangkitbersama
#onexox
013 973 3779

Kak Dah Daftar Lebih 1000 Pengguna



Kami dari warga UsahaONESP ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada pengedar ONEXOX iaitu Pn Rohaya Nekmat kerana telah berjaya mendaftarkan lebih 1000 pengguna #ONEXOX
.
Ini adalah satu pencapaian yang amat kami banggakan setelah hasil usaha beliau yang konsisten & istiqomah tanpa jemu untuk menyebarkan penjimatan dan kelebihan ONEXOX membuahkan hasil.
.
Kejayaan bukan dicipta dalam sehari.
Dan langkah pertama harus dimulakan seawal hari pertama..
.
Beliau bermula sama seperti kita semua. Namun, beliau terus berlangkah tanpa henti untuk mencapai destinasi walaupun laluan penuh onak dan duri. Satu persatu halangan ditempuhi, satu persatu masalah diatasi, dan satu persatu kejayaan jua dikecapi. 💪
.
Ketika orang lain mencemuh dengan produk yang ditawarkan, ketika itulah beliau akan dapat sesuatu ilmu yang baru. Tidak pernah serik untuk terus mencuba, merembo siang malam, buka kedai dihadapan masjid, bawa van OneXOX kehulu kehilir di sekitar Melaka, dan menuntut ILMU walaupun terpaksa keluar kawasan.
.
Mungkin hari ini kita merasakan kita cukup selesa dengan apa yang kita ada dan membuatkan kita terlalu memilih untuk berusaha. Berbeza dengan beliau walaupun sudah ada pelbagai empayar perniagan sendiri, beliau masih lagi memberikan keutamaan dengan ONEXOX kerana beliau percaya disini ada satu sinar harapan yang jelas untuk masa depan beliau dan keluarganya.
.
Tahniah! 🔥🔥
.
Teruskan perjuangan dan semoga kejayaan yang lebih besar lagi akan anda kecapi..
.
"Dimana kita hari ini adalah kerana keputusan yang kita buat hari semalam.."



Isnin, 14 Ogos 2017

Imbasan Jamuan Raya Rumah Terbuka CEO 2017

Sebenarnya lama dah nak tulis entry ni,
tapi dek kekangan masa dan kemalasan, maka tertangguhlah jadinya.
Cerita ni panjang.
Bermula dengan pelawanan Kedah vs Selangor.
Masa tu baru balik berniaga dI UTC Alor Setar.
Pukul 8.00 malam terus ke Stadium Daru Aman.  Masa tu abang Yus dan Fitri dah tunggu kat gate.
Abis game sekitar jam 11 terus balik rumah masing-masing.
Sebelum balik tu sempatlah abang Yus bagitau dia nak out station. tapi tak tahu bila.



 Dalam group whatsapp pula MD(Main Distributor) Yusman pula bagitahu yang majlis rumah terbuka yang  dia nak buat pada 22 Julai dibatalkan sebab dia nak pergi ke rumah terbuka CEO ONEXOX di Seremban 2.


Sabtu, 12 Ogos 2017

8 Sebab Kenapa Ahmad tidak kaya sampai sekarang.

Saya suka perkongsian daripada Felix Dennis. Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak tahu nama beliau dan apakah bisnes yang beliau ada.

Pendekkan cerita: Multi-jutawan.

Dalam bukunya The Narrow Road, Felix Dennis menggariskan 8 perkara yang buatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya.

=
8 Sebab kenapa anda tidak kaya-kaya sampai sekarang.
=

1) Jika kita tidak sanggup untuk gagal, kadang-kadang gagal di hadapan khalayak ramai, dalam keadaan yang teruk hingga memalukan, maka kita tidak akan jadi kaya.

2) Jika kita ambil berat tentang cakap jiran sebelah, maka kita tidak akan jadi kaya.

3) Jika kita tidak boleh mengatasi kerisauan terhadap keluarga apabila kita mahu memulakan sesuatu yang berbeza, kita tidak akan jadi kaya.

4) Jika kita duduk terlalu lama bekerja untuk orang lain, maka kita tidak akan jadi kaya.



5) Jika kita takut kekayaan yang diperoleh akan menjadikan kita manusia yang lebih teruk, maka kita tidak akan jadi kaya.

6) Jika kita tidak bersedia untuk bekerja lebih masa berbanding orang lain, kita tidak akan jadi kaya.

7) Jika kita tidak mampu yakinkan diri bahawa kita "boleh" jadi kaya, maka kita tidak akan jadi kaya.

8) Jika kita tidak boleh layan perjalanan kita ke arah kekayaan sebagai satu permainan, iaitu permainan yang mempunyai peraturan yang serius, maka kita tidak akan jadi kaya.

=
Dua permainan psikologi yang mengawal manusia.
=

Majoriti poin yang disampaikan beliau banyak berkait rapat dengan dua permainan psikologi dalam diri seseorang manusia iaitu:

1) Minda.

2) Emosi.

Felix Dennis banyak kali beritahu, cara kita berfikir, cara kita beremosi, dan cara kita membuat keputusan itu sangat kritikal untuk menjadi kaya.

Kaya itu sebenarnya satu daripada hasil yang manusia mahukan. Saya lebih suka gunakan perkataan, "impian".

Jika kita terikat dengan 1 daripada 8 poin di atas, apa yang impikan, semuanya sudah tertanam di kubur penyesalan.


Ahad, 6 Ogos 2017

Jual Nokia 3310 Baru Dengan Sim

Semenjak terpaparnya gambar model fon ni di facebook saya,

Ramai pula berminat nak order.

diorang cakap harga yang saya jual tu, RM90 murah... betul ke?

Bagi yang berminat nak tengok rupa nokia 3310 baru ni, boleh tengok video ni....

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...