Saya suka perkongsian daripada Felix Dennis. Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak tahu nama beliau dan apakah bisnes yang beliau ada.
Pendekkan cerita: Multi-jutawan.
Dalam bukunya The Narrow Road, Felix Dennis menggariskan 8 perkara yang buatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya.
=
8 Sebab kenapa anda tidak kaya-kaya sampai sekarang.
=
1) Jika kita tidak sanggup untuk gagal, kadang-kadang gagal di hadapan khalayak ramai, dalam keadaan yang teruk hingga memalukan, maka kita tidak akan jadi kaya.
2) Jika kita ambil berat tentang cakap jiran sebelah, maka kita tidak akan jadi kaya.
3) Jika kita tidak boleh mengatasi kerisauan terhadap keluarga apabila kita mahu memulakan sesuatu yang berbeza, kita tidak akan jadi kaya.
4) Jika kita duduk terlalu lama bekerja untuk orang lain, maka kita tidak akan jadi kaya.
5) Jika kita takut kekayaan yang diperoleh akan menjadikan kita manusia yang lebih teruk, maka kita tidak akan jadi kaya.
6) Jika kita tidak bersedia untuk bekerja lebih masa berbanding orang lain, kita tidak akan jadi kaya.
7) Jika kita tidak mampu yakinkan diri bahawa kita "boleh" jadi kaya, maka kita tidak akan jadi kaya.
8) Jika kita tidak boleh layan perjalanan kita ke arah kekayaan sebagai satu permainan, iaitu permainan yang mempunyai peraturan yang serius, maka kita tidak akan jadi kaya.
=
Dua permainan psikologi yang mengawal manusia.
=
Majoriti poin yang disampaikan beliau banyak berkait rapat dengan dua permainan psikologi dalam diri seseorang manusia iaitu:
1) Minda.
2) Emosi.
Felix Dennis banyak kali beritahu, cara kita berfikir, cara kita beremosi, dan cara kita membuat keputusan itu sangat kritikal untuk menjadi kaya.
Kaya itu sebenarnya satu daripada hasil yang manusia mahukan. Saya lebih suka gunakan perkataan, "impian".
Jika kita terikat dengan 1 daripada 8 poin di atas, apa yang impikan, semuanya sudah tertanam di kubur penyesalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan