Isnin, 14 Ogos 2017

Imbasan Jamuan Raya Rumah Terbuka CEO 2017

Sebenarnya lama dah nak tulis entry ni,
tapi dek kekangan masa dan kemalasan, maka tertangguhlah jadinya.
Cerita ni panjang.
Bermula dengan pelawanan Kedah vs Selangor.
Masa tu baru balik berniaga dI UTC Alor Setar.
Pukul 8.00 malam terus ke Stadium Daru Aman.  Masa tu abang Yus dan Fitri dah tunggu kat gate.
Abis game sekitar jam 11 terus balik rumah masing-masing.
Sebelum balik tu sempatlah abang Yus bagitau dia nak out station. tapi tak tahu bila.



 Dalam group whatsapp pula MD(Main Distributor) Yusman pula bagitahu yang majlis rumah terbuka yang  dia nak buat pada 22 Julai dibatalkan sebab dia nak pergi ke rumah terbuka CEO ONEXOX di Seremban 2.




So, esoknya saya pun buat plan lain lah... sementara tu, belasah durian dua tiga biji. Yelah, musim durian. Tambahan pula kena 'racun kat facebook dengan gambar dari kawan-kawan. Fuh!


Pada 20hb, saya sempat bawa dealer saya, Amir yang merupakan seorang OKU ke Pusat Didikan Khas di Kuala Ketil, Kedah.

Makanan simple je... Tapi PDK ni tetap meriah. Ramai ora ng 'kuat' datang sini.


Amir dapat duit raya lebih dari RM50 pada hari tersebut.

 Malam tu, abang Yus ajak saya teman ke Sungai Layar, hantar simkad kat dealer dia. Kebetulan saya ada simkad lebih. Lepas hantar simkad kami singgah makan malam kat kedai baru. Aneka Thai nama kedai tu. Tapi jual western juga. Kami makan fish-n-chips. Sedap dan harganya berpatutan. Masa makan tu, dia pun bagitau jadual out station dia. Memandangkan jadual tu tak clash, boleh la saya tumpang cari rezeki. Hehehehe...

RNR Bukit Merah
 Macam biasa, perjalanan mestilah gerak awal pagi. Cuma hari tersebut. Kami gerak awal sikit. Hari Sabtu, 22hb. Dan pada hari yang sama, kononnya nak konvoi sekali dengan Yusman yang nak ke jamuan raya ceo.

 Pendekkan cerita, rupanya Yusman dah gerak awal dari kami. Pukul 7 pagi dah lepas Bukit Merah. Kami pukul 8.00 pagi lebih baru sampai. Fitri jadi driver.
Di sini ada cerita lucu.
Kerap-kerap kali diorang telefon kami. Saya pun hairan "Apa pasal diorang ni asik call je? Kalau ikut kira-kira, tengah hari pun boleh sampai dah Seremban 2..."
Sampai Dengkil, barulah kami sempat berkumpul, masa tu dah pukul 11 pagi.
Kami bertukar pemandu. Kali ni saya drive.
Masa tengah drive di highway tu, kami ekor dari belakang. Tiba-tiba, kereta Yusman belok keluar kat susur keluar ke Rantau.
"Eh, ada shortcut ke? Hmm... kita follow je lah"
Ternyata memang ke Rantau lah destinasinya.
Destinasi ni kami dah pernah pergi dalam perjalanan sebelum ni.
Tapi masih dalam kebingungan sebenarnya masa tu. "Depa ni nak pi mana ni? Beraya tempat len dulu ka?" tanya abang Yus.

Siapa tak hairan kalau laluan yang dibawa tu masuk jalan 'luar biasa' dan tiba-tiba masuk kawasan taman perumahan. "Eh, ni jalan kita biasa pi ni...", kata abang Yus. Dia pun call Fitri, "Wei, hangpa nak pi mana ni? nak pi mana?"
"Ikut je lah... ikut je..." dengar saya suara dari loudspeaker.
Kami pun iyakan saja.
"Tengok gaya ni, depa guna GPS kot ni? Kejap reverse, kejap masuk lorong kecil. Kalau orang biasa tak guna jalan pelik macam ni" kata saya sambil gelak kecil.
"SAHIH DAH! Guna GPS la tu, kata abang Yus.

Pendekkan cerita, rupanya kami sampai kat rumah MD Khairul Gnola. rupanya dia pun buat rumah terbuka juga. Kami sampai kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Keluar saja dari kereta, terus abang Yus cakap "Wei, awat tak bagitau? Aku dah pernah lalu sini la. Dua kali dah... dua kali" kata abang Yus kepada Fitri dan Yusman yang baru keluar kereta. Mereka berdua tersipu-sipu malu. Selain mereka berdua, ada dua orang staff centre Sg.Petani lain juga turut ikut.





 Rumah terbuka agak meriah. Ada sambutan hari lahir anaknya juga. Kambing bakar pun ada.
CEO pun ada datang. Santai sahaja. Banyak ilmu kami tukar ganti masa borak-borak. Tak tertinggal juga, gosip-gosip panas.

Kira-kira pukul 2.00 petang, kami selesai mengenyngkan perut. Terus ke Seremban dua dan legakan perut tu di pasaraya berdekatan. Boleh pusing-pusing. Exercise katanya... hehhee
Pukul 5.00 tepat, terus kami sampai centre Seremban 2. Yusman memang idam jadi guest terawal, sebab tahun lepas dia tak sempat nak jamah banyak menu. Dan yang menjadi kegilaan geng orang Kedah ni ialah kambing bakar. Paling sedap dan tip top! Tak pandang dah menu lain.








nampak simple tapi sedap



Kat majlis ni ada cabutan bertuah, live band dan jualan merchandise.
Menarik tau.
Yang paling best, dapat jumpa orang-orang kuat disebalik ONEXOX termasuk staff dan dealer-dealer kental yang hadir.

Done pasal jamuan,
Sekitar jam 7.00 petang, kami terus shoot ke Yong Peng. Ada job perlu diselesaikan pada hari Ahad tu.
Johor kerja tau hari ahad.
Tempat penginapan kami pada malam tu ialah di...

RG Grand Hotel.
Hotel ni dekat dengan jalan universiti. Tak jauh dari KUITHO.
Area sini takde kedai makan yang special. Paling grand pun mungkin McD je kot?
Tapi kedai makan biasa adalah banyak kat sini.
Tapi kami tak makan luar pun malam tu. Saya sempay tapau kambing bakar dua bekas dalam tupperware. Hahaha!

Hari esoknya berlaku satu tragedi. Tercucuk kad touch-n-go kat dalam cd player kereta. Kelakar pun ada.. Aduhai... melayang duit pergi bengkel nak keluarkan kad. huhuhhu....


Selesai job di Yong Peng, destinasi berikutnya dialah di Johor Bahru.
Lokasi yang kena kali di tak jauh dari Tanjung Puteri, iaitu dekat dengan jambatan Johor.
Kami tersesat. Hadap jem hampir sejam di jalan yang tak sepatutnya kami lalu. Dan nyaris nak masuk Singapura. mujurlah ada abang trafik yang sporting.

Penginapan kat situ ada banyak. Kami pilih Hotel Erica. Letaknya di Tanjung Puteri, Johor Bahru, Johor.
Harga murah, boleh dapat dengan harga RM80 lebih katil queen. Ada breakfast dan mudah parking. Dekat dengan bandar. Cuma pada hari kami datang tu, bilik yang menghadap Singapore tu tingkapnya kurang bersih dan bilik tu  mungkin baru dibersihkan, jadi pekerja mungkin terlupa nak letak towel dan refill sabun kat bilik tu. Layanan baik. 3/5 bintang.

Malam tu kami cari kedai makan. Tapi, disebabkan dah lapar. Pergi ke medan selera selat Tebrau saja. Tapi kalinya percaturan lebih bijak. Tak lah kena 'overcharge'.
Masa balik tu, boleh pula 'ter'lalu kawasan uptown. Sebelum ni tak nampak pun. Apa lagi?
Singgah la...




 Uptown ni luas, tapi banyak jual barang yang sama... dealer onexox pun ada merembo kat situ.

Breakfast di Hotel Erica
 Tengah hari tu kami makan di Restoran Siantan. Menu dia okay jugalah... harga pun ttak mahal. Suasana cantik. Dekat dengan Kolej Vokasional.

Selesai job di JB kami ke Kota Tinggi, kononnya nak try stay kat Desaru, tapi pada hari biasa pun FULL beb!

Last-last Hotel Mayres juga jadi pilihan. Rasanya inilah yang terbaik di Kota Tinggi. Yang lain tu agak mahal dan biasa-biasa je... Harganya pun tak samapi RM90, tetap dapat bilik luas.

Malam tu kempunan tak dapat ke Restoran Haji Raja. Kedai dia tutup. Makan kat kedai biasa je.
abang Yus sibuk pilih lagu nak isi kat pendrive

Selesai di Kota Tinggi, kami ke Simpang Renggam. Kat sini ada centre ONEXOX!
WOW!
Pekan ni kecil je... tapi ada centre. Kedai makan yang special tu tak ada. Tapi hotel yang paling baik kat sini pun dapat murah.

Kami stay di SR Inn. Hotel ni tak lah mewah. Tapi yang jaga hotel ni muslim. Dekat dengan cyber cafe, 7eleven dan kemudahan lain. Harga pun sekitar RM82 je untuk bilik twin. Berbaloi.... ada breakfast. Wifi pun OK

Esoknya kami ke Cheras. Perjalanan terakhir. Kat Cheras ni terlalu banyak hotel. KL kan... segala kemudahan ada. Bilik kami dapat murah je... RM70 lebih... harga promosi. Breakfast tak ada. Hotel apa namanya pun lupa...





Job hari tu saya tak involve sangat.
Lepas check out pagi tu saya jalan-jalan sekitar Bandar Tun Razak. Breakfast nasi lemak dan kuih-muih sikit.
Tengah hari, kerja selesai, terus balik Sg. Petani.


Sampai rumah, jam yang saya bid di chilindo sampai.

Kebetulan, ada pula happy hour ONEXOX SEASON PASS yang bagi free minuman Tealive.

Dua tigha hari lepas tu, baru saya redeem voucher....

Best tau guna onexox... jom la dapatkan simkad ni... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...