Hari ni hari Jumaat, Saya ambil masa rehat sikit...
So, adalah masa untuk update blog...
Tengah hari ni kebetulah abang Ramli mai rumah, saya tenngah memasak, while my wife keluar.
Just few minutes before solat Jumaat
|
Nasi puti + Sambal Tomato + Udang Celup Tepung |
|
Petangnya, saya bersantai dengan abang Sayuti dari Alor Setar |
|
Tengah-tengah malam pula kebetulan dealer, abang Nazir order flyers |
jom la.. hari ini.. saya share dari artikel yang saya baca untuk kita dan manfaat bersama..
Sejak kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari
cara untuk mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima.
Alhamduluillah, beberapa minggu lepas saya ada terima
emel daripada Tuan Irfan Khairi yang berkongsi satu formula mudah untuk anda yang nak
mulakan bisnes secara part time di Internet.
Formula tersebut diberi nama Langkah 3P.
Formula Mulakan Perniagaan Internet Dengan Mudah
Ini adalah 3P yang terkandung dalam Langkah 3P.
P – Produk
P yang pertama semestinya adalah
produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.
Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?
Untuk perniagaan sambilan, Tuan Irfan Khairi galakkan cari satu
produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.
Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada
passion, biasanya kita akan
lebih bersemangat and seronok.
Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.
Contoh:
Kita nampak orang jual simkad macam best jer.
Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.
Itu dia…
Kita belum tentu.
Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah
kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.
Saya sendiri pernah hadapi masalah yang sama dulu
(2 bisnes tutup kedai tak sampai 3 bulan).
P – Platform
Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak
jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.
Contoh platform
(ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:
- Facebook
- Instagram
- Twitter
- Blog
- Email
- Minisite
- Dan banyak lagi…
Tuan Irfan Khairi nasihatkan supaya kita
mula dengan platform yang kita dah biasa guna.
Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.
Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.
Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita
explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.
P – Pemasaran
Produk dah ada…
Platform pun kita dah pilih.
Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.
Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda
belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.
3 Fasa Penting Dalam Pemasaran
Bila sebut tentang pemasaran ataupun
Marketing, saya rasa tak lengkap kalau saya tak kongsikan ilmu yang saya belajar daripada mentor saya,
Dr Azizan Osman.
Kata beliau, bila kita buat Marketing, ada 3 fasa penting yang perlu kita lalui.
Fasa #1 – Buat Orang Tahu @ Kenal
Fasa pertama dalam pemasaran adalah untuk
buat orang tau tentang produk atau servis kita.
Kalau orang tak tau, memang confirmlah mereka tak akan beli daripada kita.
Jadi kena sentiasa fikir macam mana nak orang tau yang kita jual produk sekian sekian.
Fasa #2 – Buat Orang Ingat
Kalau orang sekadar kenal kita, belum cukup bagus.
Sebab apa?
Sebab manusia ni cepat lupa!
Jadi kita kena buat pemasaran secara
konsisten supaya orang sentiasa ingat kita.
Antara contoh yang bagus:
- Colgate – Sebut jer ubat gigi, mesti orang akan cakap Colgate
- Maggi – Walaupun ada banyak jenama mee segera di pasaran, Maggi adalah yang sentiasa menjadi sebutan
- Pampers – Kalau nak beli diapers jer, orang akan sebut ‘Pampers’
Itu antara contoh hebatnya strategi pemasaran yang mereka guna pakai sampai dah jadi sebati dalam minda pengguna.
Kalau untuk produk kosmetik pula, boleh tengok contoh teknik pemasaran produk Qu Puteh Pamoga dan juga brand D’Herbs.
Fasa #3 – Buat Orang Suka
Kalau orang kenal & ingat jer belum cukup untuk buatkan mereka membeli.
Sebab…
Kajian membuktikan
manusia membeli disebabkan emosi.
Kalau orang tu benci & menyampah dengan kita, macam mana kita nak harapkan dia beli dengan kita?
Sebab itulah dalam fasa yang ke-3 ini, kita kena
buatkan orang suka dengan kita.
Macam Mana Nak Buat Orang Suka?
Antara kesilapan yang biasa dibuat oleh ramai usahawan adalah
terlalu asyik menjual ataupun hard selling.
Kalau kita asyik nak jual dan suruh orang beli,
orang akan menyampah & bosan.
Strategi yang betul bila nak menjual
(dan nak kekal lama dalam pasaran) adalah dengan berkongsi.
“Never Sell, Always Share.”
Anda boleh berkongsi…
- Tips-tips percuma untuk selesaikan masalah prospek
- Manfaat dan juga kelebihan produk yang boleh membantu prospek
- Testimoni & feedback pelanggan anda
- Aktiviti bisnes anda
- Tengah packing & hantar barang (tak kisah banyak ke sikit)
- Tengah layan soalan-soalan prospek (sambil anda kongsikan jawapan)
- Baru dapat Whatsapp dari customer cakap barang dah sampai (dan customer happy sangat)
Bila anda kerap berkongsi dan kurang menjual,
orang bukan setakat kenal & ingat anda sebagai penjual produk sekian sekian…
Tapi kredibiliti anda akan meningkat dan
orang juga akan suka dan tak sabar nak baca perkongsian anda yang seterusnya.
Dengan erti kata lain, secara tidak langsung, anda akan mula mempunyai
peminat.
Senang ke senang nak jual sesuatu pada orang yang dah minat anda?
Kalau tak percaya,
cuba tengok betapa mudahnya artis-artis mulakan bisnes dan sekejap jer dah berjaya buat sales ratus ribu malah ada yang jutaan ringgit sebab mereka dah ada peminat.
Langkah 3P + 3 Fasa Marketing = POWER !!
Sebagai kesimpulan, saya ulang semula apa isi penting dalam artikel kali ini.
Langkah 3P untuk mulakan bisnes online:
3 Fasa Marketing:
- Kenal
- Ingat
- Suka
Dan matlamat utama bila buat marketing adalah
untuk mendapatkan fans ataupun follower.
Bila dah ramai fans,
kita tak perlu jual pun orang nak beli.
Nak Lebih Banyak Ilmu Untuk Mulakan Bisnes?
Kalau anda rasa anda perlukan lebih banyak ilmu sebegini untuk
mulakan bisnes anda, ini adalah beberapa program yang saya berani
rekeman.
Kelas Facebook Marketing for Newbies
013 973 3779
Yoshi @ Mukmin