Sambil saya kerja, saya sempat terfikir satu benda yang bermain dalam kepala saya.
Iaitu, ramai lelaki nak "six pack", tapi tak ramai yang nak pergi gym angkat berat setiap pagi.
Ramai orang nak kaya, tapi tak ramai yang bertindak untuk dapatkan kekayaan setiap hari.
Apa saja yang kita nak, adalah output.
Tapi apa yang kita mungkin gagal faham, adalah setiap output, memerlukan input.
Kalau nak output besar, input pun kena turut besar juga.
Saya suka berkawan dan dikelilingi oleh orang yang faham pasal ni.
Siapa
usaha, dia dapat.
It's simple.
Tapi hari ni...
Saya tengok ada orang sibuk nak menjatuhkan orang lain.
Sungguh pun orang tu antara penyumbang pendapatan mereka.
Walaupun orang tu buat sesuatu yang kita suka atau tak sependapat dengan kita,
kita tak boleh 'play god' untuk tentukan apa yang dia boleh atau tidak boleh buat untuk sesuatu dalam hidup dia.
Kalau kita ni owner kepada suatu syarikat, lepas tu kita lantik ejen untuk lebarkan network kita, kita tak boleh sesuka hati halang ejen kita dari cari makan dari sumber lain.
Ejen bukan kuli kita, mereka jadi ejen kita kerana mereka mahukan pendapatan.
Jika mereka cari sumber pendapatan yang lain, sungguhpun dari syarikat pesaing, itu hak mereka.
SAYA TAK NAK BIASED
Saya bukan pemakan dedak yang asik tunduk pada orang yang membuka peluang ini.
Saya adalah hamba Allah yang bebas memilih bisnes, produk, mahupun servis yang terbaik untuk saya.
Jika anda rasa tergugat dengan pesaing, BAIKILAH perkhidmatan, servis atau produk anda!
"Perkara yang paling mudah bagi orang lemah untuk naikkan diri ialah dengan menjatuhkan orang lain."
"Successful people talk about ideas, Unsuccessful people talk about other people"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kelebihan Aulora Pants
Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...
-
Ramai sedia maklum, kebelakangan ni mungkin anda perasan ramai dealer onexox yang promote plan onexox BLACK. Apa dia plan onexox BLACK ni? ...
-
Million Dollar Baby Empire kini membawakan produk yang menjadi kegilaan para suami isteri serta seisi keluarga dengan tiga jenis produk in...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan