Dalam entry sebelum ni saya ada tunjukkan apa perbezaan plan BLACK dengan plan biasa.
Adakah BLACK sama macam plan post paid?
Jawapannya, TIDAK.
Ia bukan post paid sebab anda kena BAYAR DULU, baru boleh pakai. Sama macam prepaid. Bezanya dalam bulan yang sama, anda BOLEH BERHUTANG kalau beli data, minit mahupun sms sama macam postpaid tetapi mengikut kredit limit anda.
Kredit limit anda akan terpapar di bahagian 'current usage'. Jika nak tambah amount due, anda kena topup sama macam prepaid.
Baiklah... sekarang ni, siapa yang sesuai pakai plan BLACK?
Pada pendapat saya yang sesuai pakai plan ni ialah yang guna DATA LEBIH DARI guna panggilan/sms sekitar 10-20Gb sebulan yang bajetnya antara RM60-RM100.
Kenapa saya katakan demikian?
1. Kerana ada plan dari telco lain yang harganya sekitar RM80-90 yang menawarkan kadar panggilan unlimited dan data yang lebih atau, ada yang tawarkan data unlimited dan panggilan percuma sesama rangkaian.
2. Plan BLACK RM59 ke atas adalah plan yang lebih berbaloi berbanding plan BLACK yang lainnya kerana harganya tak setimpal dengan apa yang ditawarkan. Kenapa saya katakan sedemikian? Lihat poin no.3
3. Kitaran Plan BLACK berjalan mengikut tarikh penggunaan, bukan hari. Contoh, anda mula melanggan pada 19 Feb, maka tarikh bill anda seterusnya adalah pada 19 Mac berikutnya. Memandangkan Februari cuma ada 28 hari, maka; anda rugi dua hari penggunaan. Berbanding dengan Season Pass Plus yang juga merupakan komitmen bulanan, tetapi kitaran bayaran adalah setiap 30 hari.
4. Sebagai pengguna BLACK, anda ada kelebihan untuk guna data secara terus. Jika tak habis, ia boleh di bawa ke bulan seterusnya. Namun, 'carry foward' tersebut terhad sehingga 100Gb sahaja.
5. Jika anda yang jenis BANYAK CALL, anda tidak sesuai guna plan BLACK walaupun anda sememangnya berbelanja lebih dari RM60 untuk guna fon. Plan BLACK tidak menyediakan plan untuk pengguna minit tegar.
6. Memandangkan sekarang ni orang dah kurang guna sms, maka... secara automatiknya, pengguna BLACK akan jadi pengumpul sms tegar. Sebab amaun sms dan minit adalah sama. Contohnya jika anda ambil plan B59, anda akan dapat 100 min & sms. Maka, setiap bulan anda akan kumpul 100 sms selagi anda masih guna fon. Sedangkan dengan plan prepaid onexox sedia ada sudah cukup flexible untuk ANDA TENTUKAN penggunaan anda.
Saya berpendapat, yang sangat sesuai guna plan BLACK ni ialah yang buat bisnes yang tak terlalu sibuk. Kelebihannya untuk orang macam ni ialah:
1. Data yang cukup untuk sebulan. Cukup untuk buka facebook, upload gambar, guna whatsapp dan sekali sekala buat video call/video conference/live streaming dan tonton video online sekali sekala
2. Sesuai juga yang jenis call sekali sekala lama, sekali sekala sekejap. Not too much but not too less. Just enough.
3. Yang buat SMS blast kat pelanggan. Macam saya. Saya juga banyak guna SMS untuk komunikasi kerana ia lebih terjamin sampai kepada pelanggan.
Rabu, 21 Februari 2018
Siapa Yang Sesuai Pakai BLACK?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kelebihan Aulora Pants
Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...
-
Ramai sedia maklum, kebelakangan ni mungkin anda perasan ramai dealer onexox yang promote plan onexox BLACK. Apa dia plan onexox BLACK ni? ...
-
Million Dollar Baby Empire kini membawakan produk yang menjadi kegilaan para suami isteri serta seisi keluarga dengan tiga jenis produk in...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan