Jumaat, 18 Mac 2016

KERJA SAMBILAN di Sungai Petani

Anda mencari kerja sambilan untuk tampung income?
Saya mencari seorang pembantu untuk kembangkan bisnes saya.

KERJA SAMBILAN
- Umur 18 ke atas
- Pelajar/Suri Rumah/ Pekerja Kilang/ Guru/ Kerani
RM300~RM3000 Sebulan
Daftar/Topup Pelanggan, Lantik Ejen

SMS: Nama, Umur, Lokasi ---> 0139733779







Rabu, 9 Mac 2016

5 Perkara Penting Dalam Bisnes

Semalam sembang dengan kawan2 yang sama2 berniaga.

Saya nak share 5 perkara penting apa kami sama2 belajar sesama kami adalah :-

1-DALAMAN- Dalam apa2 tindakan,Allah adalah no 1.
Sesuatu yang mustahil bagi kita, sangat mudah bagi Allah.
Jadi, kuatkan dalaman dengan bangun awal pagi,sedekah dhuha dan tahajjud.Ini asas peniaga berjaya yang ramai saya jumpa.

2-SIKAP-90% orang berjaya atas muka bumi ni mempunyai sikap dan disiplin yg tinggi.So untuk naikkan bisnes,ubah dulu sikap kita.

3-BELAJAR- Jangan berhenti belajar.Belajar bukan hanya dengan kelas.Kita boleh belajar dengan membaca. Banyak gila buku yang tak mahal,tapi ilmu dalam tu bernilai jutaan ringgit.

4-SUPERMAN - Kita tak perlu tahu semua benda untuk jadi kaya raya.Cukup tahu asas,kemudian cari orang yg layak untuk siapkan. Saya tak pandai pun buat website.Tapi saya faham asas.Apa itu domain,apa itu hosting. Saya hanya cari pembuat website dan cari team marketing dan gabung kepakaran mereka.Maka terhasillah 1 projek yang bawa income.

5-KAWAN - Dengan siapa kita berkawan hari ini, akan menentukan siapa kita 5 tahun lagi. Tak payah pergi jauh la,tengok tahun depan apa jadi .Kalau tak ubah kawan tahun ni ,tahun depan still sama...

Isnin, 29 Februari 2016

Jalan-jalan Sekitar Penang

Hai.
Terima kasih sudi baca entry ni.
Kalau sebut Penang secara amnya, orang akan ingat Pulau Pinang. Dan kalau di region utara ni.
Penang tu sendiri adalah kawasan pulau kepada negeri Pulau Pinang.
Sebelah darat ni tak tahu la orang panggil apa. Tapi biasanya di sebut daerah-daerahnya sahaja.
Ataupun 'darat' je.
Semalam, saya sempatlah berkunjung ke Bukit Bendera santai-santai.
Tak rancang pun. Redah je... Yelah, kaki rembo(redah masuk) la katakan... hehehe!
Pergi pun berdua je. Saja bergambar sambil survey tempat orang.

Bertolak pukul 3.30petang dari Sg.Petani sampai pukul 4.00 petang naik feri. mula-mula ingat nak naik jambatan. Tapi rasa macam dah terlalu mainstream. Jadi buatlah kelainan sikit.









Tempat pertama kami pergi ialah di Taman Botani. Sebenarnya terlajak sampai sini. Ada air terjun dan rumah lebah. Tapi disebabkan kami kesuntukan masa. Jadi pilih yang rare je. So, kami pergi rumah lebah. Banyak boleh belajar pasal lebah dan boleh rasa madu kat sini. Free!


Kira-kira 10minit memandu dari Taman Botani kami sampai di bukit Bendera. Dah banyak kemudahan ada di sini. Jadi tak perlu risau apa-apa. Balai polis pun ada. Tempat ni cantik dan tak berapa panas.









Jumaat, 26 Februari 2016

Cerita Dua Minggu

Dah lama rasanya tak update blog pasal diri sendiri punya aktiviti...
OKlah terasa pula nak berceloteh kat sini...

Masa suci raya cina tu saya sempat ke Ulu Lenggong yang letakknya di Baling, Kedah.
Tempat ni yang saya pergi ni best sangat!
Ada kolam air panas rupanya dekat sini.
Syok juga.
Lokasinya tak jauh dari air terjun Lata Bayu dan saya kira daerah Baling ni tempat rekreasi yang best.


Masa minggu tu pula katalog Tupperware yang baru keluar. Dan rasa best sangat sebab produk yang ditawarkan sangat menarik!
Tapi yang lagi best sebab ada pertandingan selfie.
Saya memang suka selfie.



Setakat hari ini rezeki dengan Onexox dan Tupperware sangat baik dan...
MEMANG TAK SALAH pilihan saya join onexox ni.
Sales makin lama makin meningkat dan tak turun-turun. Kenapa?
Sebab bila pengguna makin ramai, makin banyak la orang topup.
Dan makin banyak lah komisen.

Bulan ni saya dapat dua orang rakan baru yang join jadi Consultant Tupperware.
Harap dapat seorang yang nak jadi Dealer Onexox pula.
Amin...



Apapun syukur sangat. Masa datang Sungai Petani, datang bawa baju je. Kemudia perlahan-lahan buat bisnes. Dalam tempoh setahun ni alhamdulillah dikurniakan seorang isteri dan tuhan dengan baik hatinya penuhkan rumah saya dengan keperluan. Dulu rumah ni kosong je. Tapi sedikit demi sedikit, bertambah isinya.
Mula-mula peti ais, lepas tu perabot sikit, lepas kahwin masuk tv dan mesin basuh.

Syukur...

Jumaat, 12 Februari 2016

PELUANG PERNIAGAAN ONEXOX

ASSALAMUALAIKUM

Bermula Februari 2016
Onexox Sungai Petani akan mengadakan Busines Opportunity Program ataupun
Program Peluang Perniagaan pada setiap
Jumaat, jam 9.00malam

Apa yang anda akan dapat dari program ni?
1. Mengenali apa itu Onexox.
2. Mendalami sistem telco dalam Malaysia.
3. Bagaimana sistem Onexox bekerja.
4. Bagaimana kita boleh jana pendapatan dengan Onexox.
5. Mendaftar sebagai user/subdealer/dealer Onexox

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan saya, Mukmin di talian 0139733779
Anda boleh;
1. Beli sim untuk jadi pengguna
2. Beli simkad baru kalau sim lama dah rosak
3. Tukar talian sedia ada kepada Onexox
4. Tambah nilai kredit