Terima kasih sudi baca entry ni.
Kalau sebut Penang secara amnya, orang akan ingat Pulau Pinang. Dan kalau di region utara ni.
Penang tu sendiri adalah kawasan pulau kepada negeri Pulau Pinang.
Sebelah darat ni tak tahu la orang panggil apa. Tapi biasanya di sebut daerah-daerahnya sahaja.
Ataupun 'darat' je.
Semalam, saya sempatlah berkunjung ke Bukit Bendera santai-santai.
Tak rancang pun. Redah je... Yelah, kaki rembo(redah masuk) la katakan... hehehe!
Pergi pun berdua je. Saja bergambar sambil survey tempat orang.
Bertolak pukul 3.30petang dari Sg.Petani sampai pukul 4.00 petang naik feri. mula-mula ingat nak naik jambatan. Tapi rasa macam dah terlalu mainstream. Jadi buatlah kelainan sikit.
Tempat pertama kami pergi ialah di Taman Botani. Sebenarnya terlajak sampai sini. Ada air terjun dan rumah lebah. Tapi disebabkan kami kesuntukan masa. Jadi pilih yang rare je. So, kami pergi rumah lebah. Banyak boleh belajar pasal lebah dan boleh rasa madu kat sini. Free!
Kira-kira 10minit memandu dari Taman Botani kami sampai di bukit Bendera. Dah banyak kemudahan ada di sini. Jadi tak perlu risau apa-apa. Balai polis pun ada. Tempat ni cantik dan tak berapa panas.
Best juga tempat ni. Boleh kira destinasi najet lah. 2 jam pun mungkin tak puas. Tiket masuk pula tak lah mahal pun. Waktu promosi RM3 sahaja. Hari-hari biasa RM15 untuk fast lane(tak perlu beratur) RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak.
Balik dari bukit bendera. Terus kami ke Gurney untuk rasa Pasembur Penang. kalau pergi Penang tak sah kalau tak pekena pasemboq(cara sebutan orang utara). Rasa dia unikm sikit dari rojak/pasembur biasa.
Dan... on the way balik Sg.Petani. WAJIB singgah kedai ni. Sebab Char kuey Tiow dia memang sedaaapp!!! Rupa simple. Tapi serius sedap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan