Teknik ni sangat sesuai kepada yang nak meniaga online. Teknik ni kita akan guna dalam pengiklanan kita. Selepas kita kenalpasti siapa target audience kita dan apa kita nak jual.
READY?
OK, Google Trends dulu...
Apa tu Google Trends?
Interface ni, gunanya untuk kenal pasti kata kunci atau topic yang paling kerap dicari di google.
Cara kita nak check ialah di trends.google.com
Dari situ kita boleh explore apa kata kunci atau perkara paling dicari di google.
Perkara yang dicari TAK SEMESTINYA baik. Tapi berguna untuk teknik SEO nanti.
Dalam google trends kita boleh filter carian kita. Kalau nak jual dalam Malaysia, kenalah cari dalam Malaysia... hehe
Dekat bawah sekali di bahagian queue uols akan nampak senarai kata kunci paling popular. Nanti uols akan guna kata kunci tu untuk SEO
TEKNIK SEO
Ok, bila kita dah kenal pasti kata kunci popular. Tiba masa untuk kita guna kata kunci tu.
Sebelum tu, saya nak bagitau, SEO = search engine optimization. Gunanya, bila orang cari sesuatu di google, web/blog/page yang paling banyak atau popular dengan kata kunci tu akan naik di ranking enjin carian...
Caranya;
1. Letak dalam 15 patah perkataan pertama dalam ayat iklan kita. Tak semestinya kita kena terus tulis nama produk. Tapi letak masalah pengguna pun boleh
2. Letak dalam setiap baris atau perenggan ayat.
3. Rename gambar guna kata kunci sebelum upload. Contoh nama file gambar uols IMG20160504-23.jpg, ubah kepada onexox+tipu+simkad+jimat+alorsetar1.jpg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan