Khamis, 18 Ogos 2016

Onexox untuk Orang Buta dan Pekak

Assalamualaikum.

Entry ni saya taip lepas balik dari me'rambo'.


Tak macam hari-hari biasa, semalam saya didatangi seorang yang berusia lingkungan 50an.


Fizikalnya nampak biasa je. Tapi bila dia mula pandang saya secara serius. Saya dah rasa lain macam. "Eh, janganlah dia nia pengguna yang nak kecam...", bisik fikiran saya. "Tenang aja Min...".


Tiba-tiba pakcik tu tunjuk sim dan angkat sikit kepala(isyarat tanya "apa ni?"). Lazimnya, orang akan bersuara, tapi dia tidak. "Apahal pakcik ni? Ada masalah kot?" bisik fikiran saya lagi.


"Okay pakcik, saya Mukmin. Biasa dengan onexox? Onexox ni sama macam celcom, digi, maxis. Tapi kita tawarkan kadar penggunaan yang murah dan caj panggilan ikut saat penggunaan..."
Belum sempat saya tunjuk flyer. Tiba-tiba dia buat isyarat 'stop' dengan tangannya. Kemudian dia tunjuk telinganya dan beri isyarat genggaman dengan ibu jari ke atas tanda 'bagus'.
Saya dah mula tangkap... lepas ni mesti dia nak tunjuk mulut dia pula. Ternyata BENAR. Dia bisu!


"Alamak, macam mana nak tolong dia ni? Call murah macam mana pun tak guna... tapi kalau SMS dan ada data, boleh la dia menaip", kata akal saya.


Mujurlah saya sentiasa bawa pen dan kertas. "Okay, pakcik tulis kat sini apa yang pakcik nak tanya..."
Dia pun terus duduk dan tulis.
"Kalau habis topup, nak beli kat mana?"
Lantas dia tunjuk henfon dia.
Model 'tak ada warna' & 'monofonik'.
"Huh, kalau fon lama camni, SMS je la yang boleh pakai. Hmm..." kata akal saya.

- " Baik, macam ni ya pakcik, topup kita ni mana-mana pun ada. Asalkan tempat tu ada mesin tekan-tekan untuk topup. Kad gores ja tak ada. 7e, stesen minyak, lain tempat... semua ada." Kata saya.


Sambil cakap tu saya dah fikir, apa cara yang sesuai dengan pakcik ni? Mujurlah ada Season Pass. Yang sesuai, pakej suara. Paling murah RM49.90 dapat 350minit panggilan dan 50sms. "Kalau dikira bahagi dua, RM35 untuk call, jatuh 10sen/minit. RM15 untuk sms, jatuh 3sen/sms. Ke SEMUA rangkaian!
OK ni... MURAH!"


"Baiklah pakcik, sekarang saya nak tunjuk pakej yang sangat sesuai dengan pakcik..."


Pendekkan cerita... saya pulang dengan gembira.
Bila difikir-fikirkan, ada tak telco lain offer servis macam ni?
Sesuai untuk SEMUA orang. Harapnya XOX akan terus maju dan boleh keluarkan pakej sms yang lebih murah.


Ikhlas,
Mukmin DYSD24850

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...