Soalan
Bagaimana
kalau saya tidak pernah lagi kerja dan tidak ada lagi pendapatan
sebelum ini yang boleh saya gunakan untuk sara pendapatan dan juga boleh
guna sebagai modal untuk bisnes?
Saya baru habis belajar tuan.
boleh jelaskan kepada saya. Saya tidak ada sumber langsung untuk sara
hidup apatah lagi nk buat bisnes. saya tinggal dengan keluarga.
boleh tuan jelaskan apa yang perlu saya lakukan?
- Muhammad Faris
JAWAPAN
Sekiranya tuan memilih jalan untuk berniaga, ini yang saya sarankan.
1) Tuan mesti fahamkan pada keluarga, yang jalan berniaga akan terumbang ambing permulaannya.
Ini kerana tuan belum ada pengalaman berniaga. Keluarga mesti faham beberapa bulan pertama, kemungkinan mereka akan lihat tuan kesusahan, keletihan dan kebingungan.
Family kita mesti faham perkara ini. Ia perkara normal di peringkat awal bisnes bagi sesiapa saja pun.
Tetapi setelah beberapa bulan, pulangannya boleh berkali ganda lebih daripada bekerja makan gaji. Kepuasannya juga lain.
Sementara jalan bekerja pula, akan ada gaji yang tetap, dan tiada peluang untuk menetapkan kebebasan kewangan sendiri.
Sekiranya
mereka tidak faham perkara ini, apabila
mereka lihat tuan susah di awal-awal perniagaan, mereka akan
memujuk tuan berhenti berniaga, dan mencari pekerjaan juga. Tuan
terpaksa padamkan impian menjadi usahawan berjaya jika mengikut kata
mereka.
2) Kedua, oleh kerana tuan tiada pengalaman berniaga, tidak boleh tidak, tuan mesti mencari seorang mentor yang boleh membimbing tuan.
Mentor
datang dalam pelbagai bentuk. Jika tuan nak buka perniagaan makan
contohnya, cara saja pemilik rangkaian makanan yang besar dan minta
berguru dengannya.
Ramai yang akan menolak, kerana mereka sibuk.
Tapi jika tuan tawarkan bekerja dengannya secara percuma untuk belajar
selok belok perniagaannya... ada sesetengah dari mereka akan izinkan dan
bantu.
Jika
tuan tidak mencari mentor, tuan akan terumbang ambing selama
bertahun-tahun, rugi beribu-ribu, dan akan menusuk emosi dan motivasi.
Dengan
adanya mentor, tuan boleh shortcut. Jalan yang biasanya ambil masa
lebih 3 tahun, tuan boleh short cut dalam beberapa bulan sahaja.
3)
Ambil masa untuk teliti apa minat tuan, dan apa permintaan tinggi.
Perhatikan apa yang sedang laku di kedai-kedai. Jangan berniaga apa yang
kita suka semata-mata, tapi pastikan juga permintaannya ada.
4) Belajar selok belok memulakan perniagaan tanpa modal. Belajar apa itu 'lean startup'.
kredit: Faisal Abdullah, nasihatniaga.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kelebihan Aulora Pants
Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...
-
Ramai sedia maklum, kebelakangan ni mungkin anda perasan ramai dealer onexox yang promote plan onexox BLACK. Apa dia plan onexox BLACK ni? ...
-
Million Dollar Baby Empire kini membawakan produk yang menjadi kegilaan para suami isteri serta seisi keluarga dengan tiga jenis produk in...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan