Sabtu, 23 Disember 2017

Sifu Pemasaran Online Nak Marah Dengan XOX

Copy Paste dari facebook beliau
.
.
Mula-mula saya nak mengamuk dengan XOX ni. Bukan main pening pakej data internet dia bagi. Kalau bagi pamplete, tudiaaa bersepah jadual sana sini.

Tapi, saya cukup 'salute' dengan pegawai yang saya hubungi di talian 12273. Nama dia, Mr. Pavalan. Saya harap kalau Manager dia baca ni, kena naikkan gaji dia, sebab dia dah jadikan saya seorang pengguna internet yang BIJAK.

Dia terangkan saya macam kat bawah ni. Akhirnya, baru saya sedar walaupun pening dan berbelit-belit, baru saya nampak macam mana nak 'manipulate' benda ni.

Di bawah ni, saya cuma bercakap pasal DATA INTERNET je tau. Tak mau sembang pasal Voice ke, SMS ke apa. Saya guna fon yang boleh masuk 2 SIM. Jadi, SIM 1 untuk internet, SIM 2 untuk Call/SMS.

********

Kat XOX ni, kita ada 2 benda nak kena tengok.
1) Jumlah DATA
2) Jumlah SP (Season Pass)

Jumlah Data ni, ibarat dia macam Duit Poket kat tangan. Maknanya jumlah berapa internet yg kita kena habiskan dalam 30 hari.

Jumlah SP ni, ibarat dia macam Duit kita kat bank. Maknanya jumlah berapa internet yang terkumpul (yang kita simpan).

So, nak kasi mudah, saya simpulkan macam ni je,

Jumlah Data = Internet kat poket
Jumlah SP = Internet kat dalam 'bank'

Ok, setakat ni, kalau dah faham, mari saya tunjuk situasi pula.

********

Biasanya, sepanjang guna internet seharian, kita akan hadapi 2 situasi ni, kan?

A) Bila tiba hari ke-30, data internet kat 'poket' kita masih berbaki
B) Data internet kat 'poket' kita habis (kurang dari 30 hari)

UNTUK SITUASI A:

Nak bagi mudah faham, kalau kita habis duit kat tangan, kita kena cucuk duit dari bank kita, kan?

Jadi, kita kena 'cucuk'/withdraw internet kita dari 'bank'.

Caranya, hantar SMS berbentuk DATA END dan kirim ke 22111 (untuk tamatkan kontrak 30 hari).

Lepas tu, baru boleh 'cucuk'/withdraw. Tapi, 'Bank' XOX cuma kasi kita withdraw dalam jumlah ini sahaja, 500MB 1GB 2GB 5GB 10GB.

Oleh itu, cara nak hantar SMS kena begini, DATA FAT2 ke 2211. *FAT2 tu maknanya 2GB. Kalau FAT500 tu maknanya 500MB.

Ok, kesimpulan ada 2 step
i - DATA END ke 22111
ii- DATA FAT2 ke 22111 (kalau nak withdraw 2GB)

UNTUK SITUASI B

Dalam tempoh 30 hari, kalau data internet kat 'poket' kita ada berbaki, kena ingat, data internet itu akan HANGUS.

Contoh, sebulan yang lalu, saya ada withdraw 2 kali. 1GB + 1GB. Yang 1GB pertama tu, 14 hari je habis. Kemudian, saya tambah lagi 1GB, tapi saya cuma pakai 500MB saja.

Tup-tup, eh dah 30 hari. Maka, saya terlupa ada baki internet 500MB dalam 'poket'.

Jadi, padan muka lah kan, siapa suruh topup 2GB tapi cuma pakai 1.5MB. Lain kali topuplah sikit-sikit, 500MB dulu, habiskan baru withdraw 500MB lagi.

TIPS:
Kalau nak tengok berapa baki data internet kat 'poket' dan di 'bank', kena semak *150# kemudian pilih 1.

Nanti kita dapat tengok
Baki Data = internet dalam 'poket'
Baki Season Pass = internet dalam 'bank'

*******
Ok, macam mana kita nak ada data internet kat 'bank'?
Macam mana nak menyimpan di 'bank'?

Di sini, awak tak payah nak bukak jadual ke apa. Buat jadual pun pening. Meh saya cerita paling senang.

(Diulangi, ni kita sembang pasal DATA INTERNET je tau. Tak mau sembang pasal Voice ke, SMS ke apa.)

XOX 'jual' internet kepada kita 1GB berharga RM5. Nah, itu saja. Semudah itu.

Tapi, kena ingat. XOX cuma kasi kita beli 'bank' data internet berjumlah 20GB, 30GB, dan 50GB SAHAJA.

Maknanya, kita kena bayar RM100, RM150, atau RM250 untuk 'menyimpan' internet dalam 'bank' kita.

Rilek, rilek, jangan panik. 20GB, 30GB dan 50GB yang awak beli tu, tak akan EXPIRED pun. Baki 'simpanan' awak tu tak perlu gelabah nak dihabiskan dalam tempoh ke apa. Simpan saja kalau tak pakai, sebab ia boleh di'carry-forward' SAMPAI BILA-BILA.

Yang lagi best, internet yang kita 'simpan' di 'bank' (Season Pass nama dia), boleh di'pass-pass' kepada pengguna XOX lain.

Macam saya, saya pass kat isteri saya 1GB sebulan sekali, sebab rupanya dia cuma pakai internet tak sampai 500-600MB saja sebulan.

Nampak tak, betapa bestnya bila internet kita dapat kawal, macam kita kawal duit di poket kita.

********
Di sini, saya baru perasan satu benda.

Saya dah macam-macam telco cuba. Postpaid, prepaid, semua dah cuba. Jadi, ini pendapat peribadi saya lah.

Saya bukan nak menjual. Sekadar review, namun saya tak dibayar untuk menulis ini...

Setakat ni bagi saya ini Pelan Pay Per Use yang terbaik pernah ada di muka bumi.

PAY PER USE

Berapa awak pakai, itu saja yang perlu awak bayar.

Saya dah benci dan muak dengan pakej yang 'gula-gula' kan kita, UNLIMITED sana dan sini. Pakej Kombo pe bagai.

Saya baru pancung telco saham Sultan Johor tu.

RM28 sebulan dapat 3GB (Maknanya 1GB = RM9.30), untuk Apps Unlimited, untuk Video 3GB. Saya memang selalu guna habis 3GB.

Kalau masuk GST, Telco U sebulan RM30, Telco XOX sebulan RM15.

Separuh beza, kan?

Dari RM150,
Dengan Telco U = saya dapat 5 bulan bill.
Dengan XOX = saya dapat 10 bulan bill.

Setahun saya dah jimat RM180.

Tu belum campur saya guna Maxis, SABTU AHAD percuma 1GB sehari. Peh.

Saya kira penjimatan isteri saya lagi lah (sebab dia pakai tak sampai 1GB sebulan kan), dia jimat RM300. Ni kalau tunggu dua tahun dah boleh dapat 1 bahagian Lembu Korban woo...

********

Akhir kata, dah nak masuk 2018 ni.

1) Bagi saya, berapa banyak JAM yang kita guna internet setiap hari, bergantung berapa banyak INTERNET yang kita 'pegang'. Awak ambil UNLIMITED, awak kena ingat, dunia internet awak juga UNLIMITED.

2) Bila kali terakhir kita SUMMARIZE perbelanjaan tahunan yang lalu. Tiga tahun lepas, saya pancung YES4G dan tahan diri beli kereta baru, dengan izin Allah saya boleh bawa isteri jalan ke Jepun.

3) Awak ada cita-cita nak pegang RM5Juta? Belajar dulu cara urus RM5. Dah power, baru faham macam mana.

4) Berapa banyak yang kita nak 'pancung', dan berapa yang kita nak 'gain'? Set your own goal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...