Isnin, 18 Disember 2017

Tips Nak Dapat Pelanggan

tips nak dapat pelanggan yang banyak dan setia :

1. RINGANKAN MULUT
Ringankan mulut untuk tegur orang ramai. Letakkan sasaran sehari tegur 100 orang. Lawal of numbers, mesti dalam 100 orang tu at least ada 10 orang yang berhenti.

2. CINTA PANDANG PERTAMA
Orang putih kata, "The first impression comes from look". Maksud dia lebih kurang macam, pandangan pertama ialah penampilan.
Penampilan yang baik dan bersih mudah untuk menarik orang. Sesungguhnya kebersihan amat dituntut syarak. Semua orang suka kebersihan.

3. GUNA BAHASA MUDAH
Guna bahasa yang paling mudah pelanggan faham. Jangan terlalu excited untuk bercerita. Cuma terangkan mengikut kehendak dan rasa ingin tahu pelanggan.

4. LATIH TUBI
Praktis dari sejam bercerita kepada 5 minit bercerita kepada pelanggan supaya tidak lari fokus dan tidak mendatangkan kebosanan kepada pelanggan.

5. BAGI RUANG DAN PELUANG
Bagi peluang kepada pelanggan untuk fahami kebaikan onexox dulu. Jangan memaksa pelanggan. Tunjuk demo call atau speed internet.

6. BERI KEYAKINAN
Yakinkan kepada pelanggan yang servis kita adalah yang terbaik. Terus bagi tahu pelanggan jika ada sebarang masalah, hubungi khidmat pelanggan 12273.

7. KAJI SELIDIK
Selepas 3 hari pelanggan kita guna follow up untuk survey kepuasan pelanggan. Kemudian, cerita tentang kelebihan UGU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...