Ahad, 6 Disember 2015

Event Besar Julung Kali OneXOX

Buat Julung Kalinya Onexox Berjaya Anjurkan Event Besar untuk Semua Dealer & User Onexox.

Saya tak ketinggalan acara besar-besaran ini. Ini kali pertama saya join event dinner yang ada lebih dari seorang artis jemputan tapi tiket masuk Hanya RM100 dan hidangan adalah Buffet! Eat All You Want!!

Hebat Betul! Memang event untuk enjoy. Ada doorgift & Lucky Draw pun bukan calang-calang! Hamper, Micro-Oven, Alat Elektronik, Percutian, Smartphone, Motorsikal & Sebuah Kereta!

Lokasi dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan saya ke sana dengan pengangkutan awam dari rumah makngah di Dato' Keramat. Mula dari tren LRT Damai ke KL Sentral, kemudian dari KL Sentral naik ERL ke Putrajaya dengan kos tambang hanya RM9.50. Dari Stesen ERL pula, naik bas Putrajaya kod L04 ke PICC. Tambangnya cuma 50 sen.

Antara artis yang dijemput ialah Alif Satar & Shahrul Shiro sebagai MC, Mustafa Kamal sebagai wakil dealer. Barisan Penyanyi yang juga dealer berdaftar seperti Ayai dari kumpulan Ilusi, Sham Kamikaze, Cat Farish dan Azlif AF3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAGAIMANA NAK JADI IBO BE INTERNATIONAL DI MALAYSIA?

Untuk menjadi BE International Independent Business Owner (IBO) di Malaysia, ikuti langkah berikut: 1. Kelayakan : - Anda mesti berumu...