Selepas balik je ke SP dari rumah mentua minggu lepas, banyak dah yang berubah.
Orang dah makin kurang ke pasar tani ni. Mungkin sebab ramai peniaga pun bercuti dan musim cuti ni orang pergi melancong di hujung minggu.
Hari yang sama, sabtu. Saya merembo jual sim kad onexox lagi. Alhamdulillah, ada la juga client.
Sambil-sambil tolong Amir jual ikan laga dan kuih dia ni...
Pasar Tani Bandar Puteri Jaya |
Cuba teka saya duk mana? |
Luaskan kawasan ni? |
Serius nampak? Gurau tak boleh ke? :p |
Dah banyak kawasan saya meniaga |
Cakap pasal KEDAI....
Rata-rata orang masih salah anggap dengan istilah 'kedai'. Kebanyakannya anggap kedai mestilah dalam bentuk bangunan. Kalau bukan bangunan, itu bukan kedai.
Akibat pemahaman macam itu, ada yang buat pinjaman bank untuk buka kedai!
Berniaga pun baru nak merangkak, tapi sudah tersangkut dengan banyak hutang bank.
Kena ada ilmu bisnes dahulu!
Belajarlah buka kedai kecil dahulu. Logik bisnes berkedai serupa sahaja. Pilih bahan jualan dengan tepat. Kawal risiko. Perlahan-lahan kita besarkan kedai.
Dah penat meniaga, balik rumah tidur dengan Panther. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan