KENAPA KITA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPIIII..X SABARRRR...NAK KAYA KAN DIRI SENDIRIII..
🅾Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat.
🅾Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
🅾Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu.
🅾Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
🅾Harapan tinggi menggunung...tapi bila dilandai badai sikit pun dah mula rasa goyah.
🅾Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
🅾Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. ..Kita boleh sabarrrrrr
🅾Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita pun boleh sabar lagi…..
🅾Bertahun-tahun kerja kenaikan peratusan gaji pun sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita pun blh boleh sabar lagi….
🅾Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu lagi. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita pun boleh sabar lagi….
🅾Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Apa yg ank isteri pun nak pun kadang kala dapat...kadang kala pula x dpt. Sanggup ikat perut bila hujung bulan. Barang2 lak segala2 dah naik harga. Kerja hari2 untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar lagi…..berkorban lah katakan....
🅾Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak terpaksa. Kalau x buat, Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita pun boleh sabar lagi…..
🅾Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak nampak pun perubahanya. Kalau ada pun sikit2 je. Dari bujang sampai kita kahwin.. Sampai anak 3..
Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan...dahh naik panauuu
Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh pun blh sabar lagi....
🅾Hidup seadanya ala kadar je. Rumah pun ala kadar.. Janji ada tempat berteduh. Bila tengok rmh org lain...mula lah rasa kekurangan pd diri sendiri. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita pun boleh sabar lagi....
🅾Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru seminggu.... sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain pun. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak..dan mak ayah kita... Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
🅾Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri? Kayakan diri sendiri?
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah hala tuju anda
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
................
🅾Buatlah BISNES dgn hati yg tulus dan ikhlas kerana Allah..Nawaitu kita tu kena jaga…..
√ Niatkan dlm hati… aku nak tolong org..
√ Aku nak meningkatkan
pendapatan bersama-sama org yg berimpian.
√ Aku nak jadi jutawan dunia akhirat..begitu juga rakan yg mengikutiku…..barulah segala impian akan dimakbulkan yg maha esa. Ini tidak….bila nak ajk join biz… mulut manis je. Bila dah join…. Mu… mu… aku… aku.
🅾Setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti pada kedua org tua kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan