Selasa, 28 Februari 2017
ONEXOX SP SUPERVOICE
Melawat Centre ONEXOX Anggerik Mall Shah Alam
Okay, kami gerak tengah hari tu dalam pukul 2.30petang. Alang-alang belum lunch dan dah lama sangat teringin nak pergi restoran Ramly ni, kami pun singgah RNR Bukit Merah. Set makanan kat Ramly ni memang berbaloi harganya. Rasa pun tip top! Lagi best dari McD pada pendapat saya. Saya ambil set Ocean Prawn Burger, abang Yus ambil Beef Oblong Burger. Total cuma Rm17 je... ada frence fries yang besar-besar dan cawan besar minuman karbonat.
Kitorang sampai KL sekitar pukul 9.00malam. Tido kat WL Hotel kat Sungai Buloh.
Esoknya 21hb bermulalah kerja masing-masing....
Okay, nak pendek cerita... 21hb~23hb tu memang busy giler sampai nak update facebook pun malas.
Masuk 22hb, hari Rabu, kami stay kat Goodhope hotel shah alam Seksyen 13. Hotel ni, Abang Yus yang nak sangat. Kenangan katanya... Tapi saya pula...
...cadangkan since kitorang dah dekat sangat dengan sekyen 14, saya cadangkan singgah ke Anggerik Mall. Sini ada banyak produk Mara dan berkaitan ICT yang murah-murah!!
Yang paling penting dapat la singgah centre onexox milik AD Nasoha ni. Hari ni hari dia jaga centre tu...
Depan Anggerik Mall ni ada food truck time malam. So, apa lagi... dinner kat situ jelah... makanan okaylah... nak kata sedap sangat tu tak lah... tapi berbaoi. Harus korang cuba kalau datang!
Sebelum tu... Sempat jugalah singgah studio les'copaq kat seksyen13 |
Kenal tempat ni? |
Sini? Pasti korang pun tahu kan? |
NAK TAK? Jadi Dealer Bersama Team UsahaONE SP?
Alami Hidup Luar Biasa Bersama!
jom whatsapp 013-973 3779
Isnin, 20 Februari 2017
Insentif Super Season Pass Onexox
Assalamualaikum/Salam 1 Malaysia,
Tajuk kita hari ini.. INSENTIF TAMBAHAN KE ATAS PENGAKTIFAN BAHARU BERSERTA PEMBELIAN SUPER SEASON PASS 'RM30@3gb' OLEH PELANGGAN (PBBPSSP).
Dan secara langsung juga user akan dapat validity 28 bulan serta-merta. Syarat, user mesti beli SSP dalam tempoh 10hari selepas buat first call.
Ok.. dalam kemelut krisis ekonomi sekarang ni, sukacitanya syarikat akan announce esok (12/1/2017) TETAPI segala aktiviti akan di'backdate'kan bermula drpd 1/1/2017.
Item:
A) Personal Sales (Direct User T1)
1 hingga 9 PBBPSSP = kali RM2 setiap satu
10 hingga 29 PBBPSSP = kali RM4 setiap satu
30 dan ke atas PBBPSSP = kali RM5 setiap satu
B) Insentif Tier (Tertakluk kpd kelayakan pangkat pengedar)
T1 (SD, D, Super D, AD & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T2 (D, Super D, AD & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T3 (D, Super D, AD & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T4 (D, Super D, AD & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T5 (Super D, AD yg layak & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T6 (Super D, AD yg layak & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T7 (AD yg layak & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T8 (AD yg layak & MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T9 (MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
T10 (MD) = kali 30sen setiap satu PBBPSSP
Yang item B ini adalah on top of insentif 10%,2%,2%,1% tu ye.. Jaga-jaga cik salmah, income anda boleh melonjak serta-merta!!
Contoh income:-
Sorang dealer buat 10x PBBPSSP dan jual erecaj 10x RM30.
Untung runcit: SIMkad RM2.20 x10 + erecaj 10xRM30x5% = RM37
Insentif T1: RM300 x10% = RM30
Item A: 10x RM4 = RM40
Item B: (T1) 10x 30sen = RM3
Tambahan pada item B: kalikan 30sen dengan berapa banyak lagi user yg buat PBBPSSP dalam kelayakan Insentif 4 Tier. Tapi kalau pangkat sub-dealer, cuma layak makan dalam Tier 1 jelah ye. Begitulah sebaliknya kalau layak makan dalam 6 Tier sebagai Super Dealer.
FAQ:-
S: Takde ke pilihan Voice SSP untuk user yg guna basic phone?
J: Ada.. insyaallah bakal diperkenalkan dalam minggu depan.
S: Insentif tambahan ni ada display tak dalam onesys?
J: Akan ada. Pihak IT akan siapkan display insentif ini selewat-lewatnya sebelum hujung Januari 2017. Sementara waktu ni, sila buat 'manual book keeping' dulu.
S: Ini promosi atau akan berterusan?
J: Buat masa ini ianya adalah promosi sehingga tempoh yg akan diberitahu kelak.
Syarikat amatlah berharap semoga promosi kali ini boleh menjadi peluru untuk korang motivate anak buah masing-masing untuk memantapkan qualiti pengaktifan, kejar income tambahan dan secara langsung juga akan improve group activation korang.
Sekian, terima kasih.
Ahad, 19 Februari 2017
Cerita Minggu Lepas
Sambil-sambil kerja tu, tentulah ambil kesempatan makan angin...
So, tempat yang sempat saya lawat antaranya Batang(Melaka), Tampin(Johor), Seremban 2 dan Shah Alam
Khamis, 16 Februari 2017
Promosi 30Gb Percuma
Kempen ini adalah terpakai kepada semua pelanggan prabayar yang melakukan RM30 top-up dan ke atas dalam tempoh sebulan kalendar.
Top-up adalah tidak boleh dikumpul.
Pelanggan yang layak akan diberikan 500MB setiap bulan kepada RM30 top-up dan ke atas, sehingga 5 tahun (jumlah 30GB).
Sekiranya pelanggan gagal untuk melaksanakan RM30 top-up pada bulan kalendar (dalam jarak kesahihan kempen), pelanggan tidak akan diberikan hak untuk data percuma 500MB.
Pelanggan baru akan diberikan hak apabila mereka mendaftar dari 16 Feb 2017 sehingga 5 tahun kemudian. Manakala bagi pelanggan sedia ada, mereka akan diberikan hak dari 16 Feb 2016 sehingga 15 Feb 2022.
Pelanggan yang layak akan menerima 500MB PERCUMA dalam tempoh 36 jam selepas mereka dilakukan minimum top-up RM30 dan ke atas pada bulan kalendar (dalam jarak kesahihan kempen).
Hadiah percuma (500MB) akan dikreditkan ke kaunter Season Pass pelanggan. Pelanggan dibenarkan untuk menggunakan data yang terkumpul di kaunter / beliau Season Pass pada kelajuan Internet 4G + Kelajuan Tinggi tetapi terikat kepada dasar penggunaan adil.
XOX MOBILE berhak untuk menukar, meminda, mengubah suai, menggantung, terus, menamatkan atau menambah semua atau mana-mana syarat-syarat untuk Produk pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
TIKET ONEXOX GALA NIGHT 2017
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..
Bersempena dgn GALA NIGHT ONEXOX Pada 25/03/2017 di PICC Putrajaya (Tempat sama mcm Tahun Lepas), Syarikat akan menjual tiket berharga RM100 melalui Area Dealer dan Main Distributor.
Hadiah Utama sebuah Kereta, Motor, Barangan Elektrik, Handphone, Gajet, Tunai & Lain2 adalah antara hadiah Cabutan Bertuah..
*CABUTAN BERTUAH hanya untuk PENGEDAR sahaja..
*warna tema hitam putih dan HIJAU... sekian..terima kasih
Selasa, 14 Februari 2017
Kenapa saya topup RM10 masuk RM6 je?
Apa Itu DA dan MA dalam ONEXOX?
Ini soalan lazim sebenarnya.
Rata-rata pengguna onexox yang baru guna mesti tanya.
"Macam mana nak tengok kredit?"
"Kenapa saya topup RM10 masuk RM6 je?"
"Kenapa kredit saya dibahagi dua?"
"DA tu apa? MA tu apa?"
OK, kat sini saya explain satu demi satu ye...
1. Macam mana nak tengok kredit? - Caranya ada tiga.
Cara pertama, terus dail *132#
Nanti dia akan keluar seperti paparan atas tu.
Cara yang kedua, dail *150# atau *139#
Nanti dia akan keluar easy menu. Dari easy menu USSD tu, pilih nombor 1. Ia itu semak baki.
Cara ketiga pula, SMS Bal ke 22111. Tiada caj dikenakan. FREE!
2. Kenapa saya topup RM10 masuk RM6 je?
Sebenarnya yang masuk tu RM10, tapi dibahagi dua. RM6 masuk MA(Main Account) dan yang RM4 tu masuk di DA(Dedicated Account)
3. Kenapa kredit saya dibahagi dua?
Konsepnya disini, kita tawarkan lebih penjimatan kalau orang tu topup lebih. Macam beli Tupperware. Item tu harganya RM100, tapi sebab kita beli banyak, yang kedua tu ada diskaun sikit. Yang ketiga lagi banyak diskaun, kalau beli ikut kuotanya. Maka semua dapat diskaun.
Sila rujuk jadual bawah ni ya...
4. DA tu apa? MA tu apa?
First, saya cerita pasal MA dulu ya... MA tu Main Account atau Bahasa Melayu nya, Akaun Utama. Ia sama macam dalam telco lain seperti maxis, digi, celcom, u-mobile, altel, tunetalk dll.
Kredit di MA boleh guna untuk langgan data, langgan plan season pass dan boleh dikongsi/share ke pengguna lain di sama talian(onexox)
DA pula ialah Dedicated Account(Akaun Dedikasi) yang mana tujuannya untuk guna sendiri sahaja.
Akaun DA berfungsi untuk panggilan suara dan SMS sahaja. Jadi, jika anda buat panggilan suara atau SMS, kredit akan ditolak di akaun DA dahulu. Bila dah habis baru dia tolak di MA. Ia tak boleh dikongsi sebab DA ni jadi punca kita dapat rate panggilan yang rendah.
Berlainan jika nak langgan internet, kredit di akaun DA akan ditolak jika baki di MA tidak mencukupi.
Isnin, 6 Februari 2017
Tudung Wide Shawl Berkualiti
Wide shawl
Material : Chiffon Bubble
Jenis jahitan : Jahit Tepi Baby Seam
Panjang : 2 meter x 0.7 meter
Ada 2 design di hujung shawl.
1. Petak
2. Halfmoon
Harga TERMASUK POS
RM47.00 sehelai
RM75.00 beli 2 helai
RM150.00 beli 5 helai
whatsapp 013 973 3779 (En.Mukmin)
Kelebihan Aulora Pants
Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...
-
Ramai sedia maklum, kebelakangan ni mungkin anda perasan ramai dealer onexox yang promote plan onexox BLACK. Apa dia plan onexox BLACK ni? ...
-
Million Dollar Baby Empire kini membawakan produk yang menjadi kegilaan para suami isteri serta seisi keluarga dengan tiga jenis produk in...