Apa Itu DA dan MA dalam ONEXOX?
Ini soalan lazim sebenarnya.
Rata-rata pengguna onexox yang baru guna mesti tanya.
"Macam mana nak tengok kredit?"
"Kenapa saya topup RM10 masuk RM6 je?"
"Kenapa kredit saya dibahagi dua?"
"DA tu apa? MA tu apa?"
OK, kat sini saya explain satu demi satu ye...
1. Macam mana nak tengok kredit? - Caranya ada tiga.
Cara pertama, terus dail *132#
Nanti dia akan keluar seperti paparan atas tu.
Cara yang kedua, dail *150# atau *139#
Nanti dia akan keluar easy menu. Dari easy menu USSD tu, pilih nombor 1. Ia itu semak baki.
Cara ketiga pula, SMS Bal ke 22111. Tiada caj dikenakan. FREE!
2. Kenapa saya topup RM10 masuk RM6 je?
Sebenarnya yang masuk tu RM10, tapi dibahagi dua. RM6 masuk MA(Main Account) dan yang RM4 tu masuk di DA(Dedicated Account)
3. Kenapa kredit saya dibahagi dua?
Konsepnya disini, kita tawarkan lebih penjimatan kalau orang tu topup lebih. Macam beli Tupperware. Item tu harganya RM100, tapi sebab kita beli banyak, yang kedua tu ada diskaun sikit. Yang ketiga lagi banyak diskaun, kalau beli ikut kuotanya. Maka semua dapat diskaun.
Sila rujuk jadual bawah ni ya...
4. DA tu apa? MA tu apa?
First, saya cerita pasal MA dulu ya... MA tu Main Account atau Bahasa Melayu nya, Akaun Utama. Ia sama macam dalam telco lain seperti maxis, digi, celcom, u-mobile, altel, tunetalk dll.
Kredit di MA boleh guna untuk langgan data, langgan plan season pass dan boleh dikongsi/share ke pengguna lain di sama talian(onexox)
DA pula ialah Dedicated Account(Akaun Dedikasi) yang mana tujuannya untuk guna sendiri sahaja.
Akaun DA berfungsi untuk panggilan suara dan SMS sahaja. Jadi, jika anda buat panggilan suara atau SMS, kredit akan ditolak di akaun DA dahulu. Bila dah habis baru dia tolak di MA. Ia tak boleh dikongsi sebab DA ni jadi punca kita dapat rate panggilan yang rendah.
Berlainan jika nak langgan internet, kredit di akaun DA akan ditolak jika baki di MA tidak mencukupi.
ADA FAHAM?
NAK SIMKAD ONEXOX?
Whatsapp 013 973 3779
Tiada ulasan:
Catat Ulasan