Jumaat, 17 Mac 2017

Kerjasama XOX Mobile dengan Universal Music

Kumpulan Bunkface (kiri), Pengarah Urusan Universal Music Kenny Ong, pelakon Fazura, Ketua Pegawai Eksekutif XOX Mobile, Ng Kok Meng, wakil OXO Mobile Sylvia Kong dan Kumpulan ThomasJack pada pelancaran kerjasama XOX mobile dengan Universal Music Malaysia. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
KUALA LUMPUR: XOX Mobile, pengendali rangkaian maya mudah alih pertama Malaysia, menyasar menarik dua juta pelanggan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Bhd, Ng Kok Heng, berkata ketika ini terdapat seramai 1.7 juta pelanggan dan kerjasama dengan Universal Music Malaysia bakal membantu mencapai sasaran itu.
"Kerjasama ini adalah program utama kami tahun ini dan akan membantu meningkatkan jumlah pelanggan," katanya ketika majlis pelancaran Pek Permulaan ONEMUSIC Edition di sini, hari ini.

XOX Mobile dan Universal Music Malaysia menjalin perkongsian pertama seumpamanya untuk menyediakan kandungan muzik digital inovatif sebagai sebahagian daripada tumpuan XOX Mobile untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka.

"Pelan ini termasuk tawaran tiket istimewa, barang niaga dan pengalaman eksklusif bertemu dengan artis tempatan dan antarabangsa yang berada di bawah naungan Universal Music," katanya.

Pek permulaan bagi ONEMUSIC berharga RM10, termasuk data Internet 36GB bagi mereka yang mendaftar bermula hari ini.

Mereka boleh membelinya menerusi
www.xox.com.my dengan penghantaran percuma di seluruh negara dan saluran pengedaran Universal Music Malaysia. - BERNAMA

2 ulasan:

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...