Korang mesti nak tahu dalam cerita masa saya pergi gala night kan? yelah... tengok kat fb, gambar orang tag je kan? cerita tuan badan takde... mesti bikin penasaran kan?
Ha... ni nak citer...
Sesi perbincangan |
Sejujurnya, awalnya memang rasa macam tak nak pergi.
'Trauma' dengan kisah 2015 kononnya. Banyak perkara juga nak komplen.
Tapi, iyalah... masa tu kali pertama. Kira kasi chance la kan...
Pendek cerita, saya pun bagi peluang dan decide untuk pergi. Mula-mula ingat nak tumpang bas dari group lain.
Tapi, bila fikir balik... "Kenapa aku mesti nak pentingkan diri? Baik aku try tanya team dalam group 005 yang lain, mana tau ada yang nak join?"
So, lepas berlaku perbincangan dan macam-macam cabaran. Akhirnya dapatlah juga kumpulkan 42 orang yang nak naik bas termasuk seorang OKU yang mana sempat saya rekrut ketika saat dia tiba-tiba terbuka hati nak bersama.
Abang Sayuti tak dapat ikut, jadi dia teman rakan-rakan dari Alor Setar |
Saya duduk depan sekali... |
Nasi lemak bungkus sebagai sarapan |
Bila dah pekena nasi lemak... haa... masing-masing start lena... |
Dalam bas pun terasa kemeriahannya! |
tiba di Putrajaya International Convention Centre |
Cantik kan tempat ni? |
Ruang untuk daftar infaq by handphone pun ada. |
Cerita pasal excited, teringat kat sorang kawan ni. Boleh terlupa kasut dia tertinggal dalam bas. Sedar-sedar masa pendaftaran kasut tak ada. Yang sorang lagi tertinggal beg dalam kereta. Mujurlah keretanya selamat dan tak ada hilang apa-apa.
Ada kurang lebih 1500 peserta yang datang mendaftar |
Raja selfie, abang Yus... sambil beratur pun selfie lagi... hehehe |
Ada 6 kaunter untuk mendaftar |
Pintu masuk ke dewan |
Dah tukar baju... |
Sub-dealer baru saya. OKU sejak azali. Amir namanya |
Sambil-sambil ronda terjumpa Eiwan. Rakan dari group whatsapp |
Meja makan saya |
Dewan yang sangat luas! |
Dari kiri, saya, abang Asrul & abang Zul |
seat kami dekat je dengan pentas |
Beberapa minit lepas itu CEO XOX dan ONEXOX pun tiba dan rasmikan majlis dengan ketukan gendang.
Majlis dihoskan oleh dua pengacara yang sama dari majlis sebelumnya iaitu penyanyi Aliff Satar dan pelawak Shahrul Shiro.
Jom makan! |
KALI INI MEMANG OHSEM dan terasa grandnya!
Salah satu desert |
Untuk desert pula ada bun, roti puding bakar dengan sos kastad, puding vanilla, laicikang lychee & longan, cakes, rojak buah dan macam-macam.
Buah tembikai dan tembikai susu sebagai pencuci mulut.
Persembahan pertama |
Guess who that is? It's Jay Jay |
Lepas tu ada cabutan bertuah barangan elektronik.
Since, nombor saya tak kena... saya pun decide untuk keluar dan bergambar...
nampak ke? |
nah... cerahkan sikit. |
masuk dewan balik |
En. Syed Al-Faremy Indra persembahkan produk dan insentif baru. |
Selepas penganugerahan, majlis dikejutkan dengan TIGA pengumuman baru dari syarikat iaitu XOX Membership Club(XMC), penambahan insentif Super Season Pass dan Cabaran Bonanza 2017
Dengan adanya tiga senjata ini, XOX memberi harapan kepada para dealer untuk menambah lagi bilangan pengaktifan pengguna sekaligus memberi lebih pendapatan kepada yang serius kepada bisnes ini.
Selepas selesai pengumuman tersebut. Majlis diceriakan dengan persembahan seorang lagi artis iaitu Azlif AF7 yang juga merupakan dealer kepada onexox dan beliau juga pernah perform di atas pentas dalam majlis sebelumnya.
Akhir sekali, sekitar jam 11.45 malam, majlis tiba ke kemuncaknya. 5 pemenang cabutan bertuah motor dan seorang pemenang cabuatan bertuah Honda BR-V berjaya didedahkan!
Selesai acara, saya serta merta bawa amir ke belakang pentas. Tak sia-sia... kehadiran beliau disambut baik oleh dua orang selebriti ini. Sempat pula beramah mesra pula tu...
Bergambar bersama CEO ONEXOX. En. Bobby Farid Shamsudin a.ka. Arie Sham |
Hadiah yang dibawa pulang. |
Setibanya di Sg.Petani, saya terus pulang ke rumah. Tak sempat nak breakfast, sejurus selepas plug in fon kepada charger (bateri dah tinggal 1% masa tu) terus TERTIDUR.
Sedar-sedar dah 12.30 hari...
Kira-kira pukul 6.00 petang tadi lepas rehat petang, saya pun beleklah fon. Masa tu tengah siap-siap nak ke pasar malam Bandar Puteri Jaya.
Tengok-tengok, ramai yang update status pasal TE nak naikkan cas panggilan kepada 32sen/minit.
"Perrghhh... simkad bmw nak upkan lagi komisen ke?"
Lepas skrol fb beberapa minit. Nampaknya macam tu lah... adalah yang nak naikkan insentif.
TAPI nampak dah ramai duk cemuh, harga jadi mahal. Yelah, end user yang tak layak insentif tu kan tak dapat apa. Kena cas mahal adalah.
Tup-tup masuklah text di whatsapp bunyinya lebih kurang macam ni... "Mukmin, boleh datang kedai tak malam ni? Ada orang nak pakai #onexox"
Terujanya rasa! Apa lagi, balik pasar malam terus pergi kedai tu.
Sampai je terus sembang citer pasal simkad 'bmw' tu. "Sekeping dekat seratus...bla bla bla... cas nak naik harga... bla bla bla... tak tahan maintain topup bulan-bulan... nak kredit tahan lama.. bla bla bla... jimat #blablabla kakak guna..."
Kurang lebih 15 minit perbualan ditemani milo & kopi o panas, akhirnya terdaftarlah seorang pengguna yang nak berjimat.
Alhamdulillah...
Ofcoz... ada voucher untuk new user untuk dapat DATA PERCUMA!
Dalam suasana ekonomi Malaysia yang teruk ini syarikat ONEXOX mampu buat ANNUAL DINNER YANG PALING GRAND DENGAN HADIAH CABUTAN BERTUAH YANG MENCECAH LEBIH 100K menandakan syarikat memang kukuh dengan pengguna yang bakal mencecah lebih 2 juta orang dalam tahun ini berkat usaha para dealer yang rajin berusaha.
Jom jadi dealer ONEXOX. Hidup anda pasti berubah.
Call atau wasap 013 973 3779
Tiada ulasan:
Catat Ulasan