Ok bila sebut pasal Johor ni mesti korang terbayang JDT dan Legoland...
Untuk trip kali ni... kami tak pergi Legoland sebab dah terlalu mainstream... so, kita visit sekolah-sekolah ye...
Hehehehe....
Bertolak awal supaya sampai awal |
Kami bertolak ke Johor seawal 5.00 pagi. Yelah... sebab nak kasi sempat tengok matahari bila sampai.
Perjalanan makan hampir 12 jam sebab;
1. Banyak berhenti
2. Hujan yang sangat-sangat lebat dari seremban sampai skudai sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan berantai.
Sejurus sahaja sampai, terus kami cari hotel. Destinasi pertama ialah di Pasir Gudang. Hotel ni namanya Peach Hill. Lokasinya tak jauh dari Masai. Hotel luas dan bersih. Harga pun agak murah juga... RM89 satu malam book melalui traveloka on the spot. Done check in!
bilik standard Peach Hill |
Apa yang best kat sekolah ni ialah kantin dia. Sangat HIPSTER! memang TERBAIK!
Suasana, Menu... Staff & Layanan tip top!
Termasuk area kantin pelajar tau!
meja makan |
ruang santai... |
Nak cari gadjet murah, boleh datang kat Al-Ikhlas Gadget @ Klinik Handphone. Dengan tagline "No.2 Paling Murah di JB" saya sendiri pun faham dah apa maksudnya.
Dan yang no.1 telah pun kami temui....
Aksesori kat sini memang terlajak murah... tapi baiki henfon mahal sikitlah... kalau tukar skrin Huawei P9 Lite pun harganya dah 300 lebih kat sini... kat tempat satu lagi yang tak berapa popular tu harganya cuma RM200 siap upah.
Dekat JB, kami duk hotel lain pula. sehari, satu hotel kita punya sasaran. Jadi, kat sini kami pilih hotel Zoom Inn untuk permulaan. Kami plan untuk berada di JB selama 3 hari. Hotel ni simple, menarik, unik dia punya design. Layanan baik, bilik pun bersih. Katil selesa... cuma bilik air tu tak berapa kena dengan selera kami.
Tak ada lock kat pin tu dan sinki di luar...
Bilik Twin di Zoom Inn, Danga Bay. |
Lokasi hotel ni pun tak jauh dari Dataran Bandaraya JB. So, sebelum jalan-jalan, kami pergi makan malam dulu di lokasi yang rasanya cukup terkenal. Iaitu di Asam Pedas Power Tepian Tebrau.
Menu sedap. Harga boleh tahan. Tak terlalu mahal dan tak murah. Sedang-sedang je. Bajet dua orang makan boleh bawah RM50.
Kami makan ikan bakar(siakap), sotong goreng tepung dan sup sayur. Minum Teh O ais sahaja. Total RM48
sotong goreng celup tepung |
siakap bakar |
Selesai makan... kami ronda-ronda Dataran Bandar.
Menara jam yang cantik |
Lepas jalan-jalan... balik tido la....
SK Tun Fatimah |
Penat balik sekolah, kononnya nak cari pisang goreng. Ronda-ronda area mydin terjumpa pula skuad perodua era. Dapat bekalan sarapan pagi esok. Hehehe...
Dapat muffin dan yoghurt dari skuad perodua Era.fm |
So, kami book hotel lain pula kat dekat tengah bandar.
Dapatlah JB City Hotel. Tapi, minta maaf... tak sanggup nak tunjuk gambar. Dalam internet macam best je gambar dan ceritanya. Hakikatnya.... TV kotak, bilik berbau, sangat-sangat old fashion dan servis teruk. Nak naik lif pun takut tau... Harga dia murah... RM75 tapi... esoknya...
Esoknya, tanpa prasangka, kami terus ke Tune Hotel yang letaknya sebelah je ngan Zoom Inn. Area situ ada banyak hotel. Ada satu lagi hotel namanya I-Leaf & Garden Leaf Hotel. Tapi tengok bilik kat dalam tak berapa elok. jadi Pilih Tune Hotel sahaja. Harga hotel ni RM75 pun book online juga... Tapi lebih mengejutkan...
Hotel ni punya servis lebih TIP-TOP! Memang recomended sangat! Hampir semuanya sempurna. Staff ok, wifi tak laju tapi ok. Ada tempat makan, ada 7eleven kat bawah, katil dan bilik yang selesa. Bila masuk hotel je terasa macam masuk kapal terbang.
Bilik Twin di Tune Hotel Danga Bay |
Dataran Bandaraya Johor siang hari |
Sempatlah singgah di kafe JDT ni. Tapi yang tak bestnya... nak masuk tengok dalam tak boleh. Kena order makan. Yang sambut tu pun agak biadap. Baru je jejak pintu masuk dah cakap kasar.
Oh ya... menu kat sini mahal-mahal tau. Kalau takde RM5 jangan mimpi nak minum. Hatta Teh-O panas sekalipun.
mujurlah tak jauh dari situ ada kedai pisang goreng Mawar yang famous tu. Tempat artis selalu lepak. Kebetulan kami sampai tu tengah ada shooting drama.
Dapat selfie dengan Zul Handy Black & Zalif Sidek |
Slot kad Tune Hotel. Unik kan? |
Tak puas berjalan... malam kami keluar pula.
Kali ni ke Kilang Bateri.
Nama saja kilang bateri, tapi tak jual bateri pun. Dulu asalanya memang kilang. Sekarang dah jadi tempat hipsters. Ada macam-macam barang jual ala-ala uptown. Cafe pun ada. Tapi harga dia agak mahal la...
Last-last kami layan roti canai kat mamak je...
Kat kedai mamak ni ada hidang pisang panjang. |
Kat sini banyak yang murah dan sedap. Kami sangat rekomen anda ke sini!
Lawat sekolah dulu... |
Boleh dapat diskaun bila tempah online. Walaupun on the spot. |
Lobby dia terlalu luas. Tapi agak suram. Tapi besih juga... |
Receptionist mesra walaupun kaunter kecil |
Bilik sangat luas dan selesa. |
Khidmat massage pun ada |
Nak urut pun boleh. Cuma kat area rumah urut tu ada yang offer khidmat seks. Oh nooo~!!!
Cakap pasal makan... ok macam saya cakap tadi segalanya murah kat sini. Kami singgah Restoran Haji Daud tak jaud dari uptown. Depan je... Dia punya serving best!
Saya order mee goreng basah, abang Yus order kuey tiow goreng. Tapi tengok apa kami dapat...
Menu yang sangat wow! |
Pemandangan dari Mayres Hotel tingkat 10. |
on the way balik terjumpa ni... kenal tak? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan