Jumaat, 26 Mei 2017

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Menjalani Ibadah Pada Bulan Yang Penuh Keberkatan







Selasa, 23 Mei 2017

Syarat Dan Menu Baru Onexox

FAT Mobile Internet T & C
Kini pelanggan baru prabayar ONEXOX boleh menikmati maksimum percuma SATU (1) data (diaktifkan serta-merta) dengan pembelian pakej data SEASON PASS FAT (sama ada SEASON PASS FAT 5GB atau SEASON PASS FAT 10GB) dalam 10 hari kalendar dari tarikh pengaktifan mereka.

Jadual Bonus tambahan
SEASON PASS FAT: Data PERCUMA tambahan akan diaktifkan serta-merta:
a)SEASON PASS FAT 5GB - PERCUMA 5GB selama 30 hari
b)SEASON PASS FAT 10GB – PERCUMA 10GB selama 30 hari

Promosi ini hanya sah untuk:
a) Pelanggan Baru prabayar ONEXOX (Starter Pack – Nombor baru) yang diaktifkan dari 23/5/2017; atau
b) Pelanggan Baru Prabayar ONEXOX MNP (port masuk atau menukar talian telefon bimbit mereka) melalui pengedar sah ONEXOX di seluruh negara mulai 23/5/2017.
Promosi ini akan berkuat kuasa mulai 23/5/2017 sehingga 31/8/2017.
Peruntukan kuota data serta-merta diaktifkan PERCUMA adalah berdasarkan kepada saluran langganan:
a) Pembelian melalui SMS: Pembelian PERTAMA SEASON PASS FAT sahaja
b) Pembelian melalui ONLINE STORE atau aplikasi MyXOX: pembelian kuota data SEASON PASS FAT yang lebih TINGGI 

Dengan pembelian pertama Pakej SEASON PASS FAT (5GB atau 10GB); pelanggan akan menerima data tambahan percuma diaktifkan serta-merta.
Untuk pelanggan baru yang membeli Pakej SEASON PASS FAT melalui saluran SMS, pelanggan hanya layak maksimum SATU data PERCUMA (1) kali serta-merta diaktifkan, sama ada 5GB atau 10GB yang mana pakej data SEASON PASS FAT dibeli PERTAMA dalam masa 10 hari kalendar dari mereka tarikh pengaktifan.

Untuk pelanggan baru yang membeli SEASON PASS FAT melalui Online Store atau aplikasi MyXOX, pelanggan hanya layak maksimum SATU (1) kali data (diaktifkan serta-merta) PERCUMA, sama ada 5GB atau 10GB, yang mana pakej data SEASON PASS FAT lebih TINGGI dalam 10 hari kalendar dari tarikh pengaktifan mereka.

Mana-mana pelanggan baru yang mempunyai pelan data yang aktif semasa pembelian pakej data SEASON PASS FAT tidak akan layak untuk data tambahan percuma (diaktifkan serta-merta).
Promosi ini tidak sah untuk pelanggan prabayar baru yang membeli Nombor baru, MNP (port-in) dan diaktifkan sebelum 23/5/2017.

XOX MOBILE berhak untuk menukar, meminda, mengubah suai, menggantung, menyambung, menamatkan & menambah semua atau mana-mana syarat-syarat untuk kempen pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Order di sini!

Isnin, 22 Mei 2017

Plan data terkini ONEXOX

Dengan kehadiran plan data terkini dari ONEXOX
yang bermula 23 Mei 2017 ini,
maka secara automatik plan biasa kini tidak terpakai lagi.
Ini ada KADAR BARU bagi pelan data yang MENGGANTIKAN pelas data biasa dan promo yang sedia ada.
Sebagai tambahan,
Untuk PENGGUNA BARU DAFTAR. Anda layak dapat Data 10Gb+10Gb dengan harga cuma RM50 apabila anda memilih pakej Starter Pack/MNP RM60!

Sabtu, 20 Mei 2017

Jalan-jalan Johor Vol.2

Assalamualaikum

 Kali ni ke johor lagi... macam inilah selagi job tak selesai kan? Hehehe....
Tapi yang best kali ni. Hotel semua okay dan dapat rasa menu yang sedap! AWESOME local dishes~

First, macam biasa, betolak pagi kira-kira jam 8.30 hari Sabtu. Tempat mula-mula singgah ialah Perak.
Lokasinya di Sungkai... Time ni durian dah start banyak di jual.


Di sungkai ni ada satu restoran yang best. Suasananya dia memang ohsemlah.
Keluar pada tol Sungkai, belok kiri dalam 2 kilometer terus jumpa!
Inilah dia restoran nasi bamboo sungai klah


menu basic dia nasi bambu dan ulaman ala-ala nasi kerabu
 Nasi bamboo ni dia masak dalam buluh. Nasi putih je buh sedikit kunyit kot...
Dia bagi ulam dan keropok. Pastu, ada banyak-banyak kiosk yang jual lauk-lauk lain, ayam percik, ikan bakar dan macam-macam lah!


 Bila datang sini, cara nak order dia special skit. Kiosh tu ada banyak, dia tak kira lauk tu sekali macam restoran biasa. Korang boleh pilih nak beli set nasi bambu dulu ke, lau dulu ke, atau kalau korang ramai... boleh je beli serentak. Satu kiosk, satu kaunter bayar.
Contohnya, sampai je korang pergi kiosk nasi bambu, dia bagilah set nasi bambu tu, RM8.50(2 orang) pastu bayar situ.
Then, rasa nak lauk ayam percik/bakar, pergi kiosk itu pula dan bayar situ....
Macam leceh... tapi sebenarnya mudah.


Destinasi pertama di Johor ialah Segamat. Kat sini kami check in di hotel In@Hotel. Bilik dia ok, selesa...


Dekat In@Hotel ni ada satu restoran roti canai yang sedap. Pagi dia meriah... banyak kuih!



suasana dalam in@hotel
 Esoknya, job dimulakan.... training cikgu library guna system.

sambil tu kita bacalah buku skit.. tengok-tengok isi kandung yang budak-budak sekarang baca.

Banyak yang pelik-pelik...huhu....
 Okay, seterusnya kami ke Masai, kat sini, ada satu hotel yang best. ID Hotel, sangat-sangat selesa!


 dekat dengan hotel ni ada mall. Tapi tempa makan yang best kurang.
 Esoknya kami ke JB pula....
Itu hari tak sempat merasa menu ni, memandangkan hari tersebut banyak free... kami sempatlah merasa menu orang Johor. Kacang Pool dan Nasi Ambeng. Lokasinya di restorang Kacang Pool Haji
Roti Kacang Pool


Nasi Ambeng



 Lepas siap makan tengah hari sempatlah singgah tengok stadium ni...
Kenal ke stadium apa ni?




 Dekat JB kami menetap di Clover Hotel. Bagus hotel ni, dekat dengan tempat makan tepi teluk.
Senibong, restoran makanan laut. Harga dia mahal sikit berbanding di Tebrau. Tapi suasana dia best!





 Finally, kami tidur di Bahau, negeri Sembilan. Hotel ni memang unik. Bilik dia besar dewan! Harga cuma RM71 je!! Gila tak?? Nama hotel ni Xin Zin Citi View Hotel


 Boleh main badminton beb dalam bilik ni. hahahaha!!!
 Sikit punya jauh nak tengok TV daa....
Last sekali sebelum balik Kedah, sempatlah singgah GM Klang. Luas jugalah mall ni. Banyak jual barang borong. abang Yus pun sempatlah try baju...

elok tak baju ni?

Replika Iron man 1:1
Kat sini ada mee tarik RM6.50 dan biskut Gery harga borong
Malam ni Kedah VS Pahang. Korang sokong team mana?

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...