Sabtu, 20 Mei 2017

Jalan-jalan Johor Vol.2

Assalamualaikum

 Kali ni ke johor lagi... macam inilah selagi job tak selesai kan? Hehehe....
Tapi yang best kali ni. Hotel semua okay dan dapat rasa menu yang sedap! AWESOME local dishes~

First, macam biasa, betolak pagi kira-kira jam 8.30 hari Sabtu. Tempat mula-mula singgah ialah Perak.
Lokasinya di Sungkai... Time ni durian dah start banyak di jual.


Di sungkai ni ada satu restoran yang best. Suasananya dia memang ohsemlah.
Keluar pada tol Sungkai, belok kiri dalam 2 kilometer terus jumpa!
Inilah dia restoran nasi bamboo sungai klah


menu basic dia nasi bambu dan ulaman ala-ala nasi kerabu
 Nasi bamboo ni dia masak dalam buluh. Nasi putih je buh sedikit kunyit kot...
Dia bagi ulam dan keropok. Pastu, ada banyak-banyak kiosk yang jual lauk-lauk lain, ayam percik, ikan bakar dan macam-macam lah!


 Bila datang sini, cara nak order dia special skit. Kiosh tu ada banyak, dia tak kira lauk tu sekali macam restoran biasa. Korang boleh pilih nak beli set nasi bambu dulu ke, lau dulu ke, atau kalau korang ramai... boleh je beli serentak. Satu kiosk, satu kaunter bayar.
Contohnya, sampai je korang pergi kiosk nasi bambu, dia bagilah set nasi bambu tu, RM8.50(2 orang) pastu bayar situ.
Then, rasa nak lauk ayam percik/bakar, pergi kiosk itu pula dan bayar situ....
Macam leceh... tapi sebenarnya mudah.


Destinasi pertama di Johor ialah Segamat. Kat sini kami check in di hotel In@Hotel. Bilik dia ok, selesa...


Dekat In@Hotel ni ada satu restoran roti canai yang sedap. Pagi dia meriah... banyak kuih!



suasana dalam in@hotel
 Esoknya, job dimulakan.... training cikgu library guna system.

sambil tu kita bacalah buku skit.. tengok-tengok isi kandung yang budak-budak sekarang baca.

Banyak yang pelik-pelik...huhu....
 Okay, seterusnya kami ke Masai, kat sini, ada satu hotel yang best. ID Hotel, sangat-sangat selesa!


 dekat dengan hotel ni ada mall. Tapi tempa makan yang best kurang.
 Esoknya kami ke JB pula....
Itu hari tak sempat merasa menu ni, memandangkan hari tersebut banyak free... kami sempatlah merasa menu orang Johor. Kacang Pool dan Nasi Ambeng. Lokasinya di restorang Kacang Pool Haji
Roti Kacang Pool


Nasi Ambeng



 Lepas siap makan tengah hari sempatlah singgah tengok stadium ni...
Kenal ke stadium apa ni?




 Dekat JB kami menetap di Clover Hotel. Bagus hotel ni, dekat dengan tempat makan tepi teluk.
Senibong, restoran makanan laut. Harga dia mahal sikit berbanding di Tebrau. Tapi suasana dia best!





 Finally, kami tidur di Bahau, negeri Sembilan. Hotel ni memang unik. Bilik dia besar dewan! Harga cuma RM71 je!! Gila tak?? Nama hotel ni Xin Zin Citi View Hotel


 Boleh main badminton beb dalam bilik ni. hahahaha!!!
 Sikit punya jauh nak tengok TV daa....
Last sekali sebelum balik Kedah, sempatlah singgah GM Klang. Luas jugalah mall ni. Banyak jual barang borong. abang Yus pun sempatlah try baju...

elok tak baju ni?

Replika Iron man 1:1
Kat sini ada mee tarik RM6.50 dan biskut Gery harga borong
Malam ni Kedah VS Pahang. Korang sokong team mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...