Masa kat Perlis marathon itu hari. saya sampai lewat... lebih kurang pukul 6.30petang 28hb. Masa tu cuma ada beberapa orang peniaga sahaja. Majoriti yang jual benda yang sama, fishball dan jenis goreng2 yang simple. Rasanya tak nampak pun yang niaga kek ni muncul lagi.
Saya stay sampai kul 10.30malam sambil setup2 booth.
Memang masa tu tak ramai orang. Duk perati je, ada yang goreng banyak, jual tak habis simpan balik makanan diorang.
Dalam hati kata "Eh, macam ni ke diorang meniaga? Makanan yang tak habis jual esok?? Kenapa la diorang ni tak bagi je kat dua tiga orang staff yang tengah bertungkus lumus setup khemah?" So, saya decide tak akan beli kat kedai diorang ni. Makanan goreng banyak kali sure tak elok punya...
Masuk hari kedua, untung saya makan tengah hari atas jemputan kenduri. Terima kasih kepada yang menjemput.
Dan hari tersebut ramailah orang-orang awam mula muncul. Crowd mula ramai bermula 6 petang. Yang mana, waktu tu dah dapat dua orang customer register kad sim.
Lepas pukul 9.00malam, makin ramai orang. Kerana kebosanan, saya merayau la ke khemah program satu lagi. Cuma ada pentas dan minuman percuma untuk pelari sahaja. Means, kalau diorang nak makan, diorang kena ke khemah sebelah tempat kami berniaga. Dan terbuktilah, memang ramai yang datang beli makan kat khemah peniaga.
Makin larut malam, makin ramai peserta tiba. Saya bertahan sampai 3 pagi sahaja. Esoknya, pagi acara habis sekitar 11 pagi dan crowd mula beransur pulang dan khemah tutup sekitar 1 petang.
Pada amatan saya, pertama, kalau peniaga rugi nak salahkan 100% penganjur tak boleh juga, sebab, dalam 16 khemah, 10 jual benda yang sama. Means pilihan telalu banyak. kemah pula saiz 20x20. Besar beb! Peserta yang datang pun semua nak makan yang protin tinggi. Takkanlah nak makan kek cheese pula kan? Tapi, tak salah menjual... tak cuba tak tahu kan?
.
Kedua, peniaga kenalah agresif sikit promote. Bukan duk khemah sambil main fon je. Lepas tu, kot ye pun tak habis, apa salahnya sedekah kat rakan niaga lain yang meniaga kat situ.
.
Dalam gambar ni, saya tak faham kenapa peniaga ni bawa balik kek tu dan buang. Kalau rasa kek tu dah sampai waktu nak masam, apa salahnya bagi je kat orang-orang kat situ? Tak pun jual je harga murah.
Sekurang-kurangnya, bolehlah ada duit sikit dari tak dapat langsung.
Ini, sanggup tunggu sampai waktu balik, bawa pulang ke rumah dan buang. Lepas tu mengeluh pula kat fb.
Saya bersyukur kerana diberi kesabaran untuk bertahan. Datang dari jauh, sampai perlis duit 0 terus sebab duit RM20 buat isi petrol. Dah sampai tu betul2 kena commit untuk ada duit supaya boleh balik SP. Walaupun dah ramai orang kat situ guna onexox, dan jualan simkad tak seberapa, tapi jual data/voice Season Pass kat situ boleh la nak cover sikit duit transport dan duit pinjaman.
.
Saya nak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan menyokong aktiviti ini. Banyak perkara kita dapat pelajari. AD Hairey Hamzah, AD Yusman Affandy, Zyaid Beckho & Tn. Syed Hidayat Al-Djufry dari Takaful Ikhlas.
.
Moralnya; Kerjasama tu penting. Jangan tamak bila berniaga, InsyaAllah rezeki tu ada bila kita bersabar & bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan