Khamis, 4 Mei 2017

5 Perkara Tentang Onexox Season Pass

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang tercari-cari... atau mungkin selalu dapat sms pasal offer happy hour season pass onexox.

Tapi ramai yang mungkin tak fahan konsep season pass ni macam mana.

Jadi saya rasa, perlu dijelaskan apa itu season pass dengan bahasa yang lebih difahami.

1. Season Pass ni macam stor. Yang mana kalau kredit tu ialah duit yang kita bayar untuk call/sms/langgan data mengikut kadar yang diberi.
Means, bila dah ada kredit, call lain rangkaian dia tolak duit ikut berapa saat kita guna.
Tapi season pass ni. lain. Kredit tu kita beli minit panggilan siap2. Contohnya, dengan RM31 kita beli 333 minit. Jadi, bila kita call sama rangkaian ke, lain rangkaian ke, dia tolak minit. dia tak tolak kredit.
Sama juga dengan data, kita beli 3Gb dengan harga RM30, kalau kita tak langgan dia tak tolak. Bila kita langgan baru dia tolak data tu...

2. Minit Panggilan, SMS & Data boleh dikongsi. Semua pengguna xox/onexox boleh kongsi minit panggilan ini sebanyak 3 kali sehari.

3. Setiap transaksi perkongsian ke pengguna lain di caj RM0.50

4. Blok minit panggilan adalah per minit. Jadi, kalau masuk voicemail pun ditolak seminit.

5. Kadar panggilan/harga data/nilai sms season pass bergantung kepada harga pakej yang di ambil. Kerana ia menggunakan konsep pukal. Tiada harga tetap. Bergantung kepada pakej.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kelebihan Aulora Pants

  Kenyamanan Seharian! "Dapatkan Aulora Pants, seluar yang memberikan keselesaan luar biasa dari pagi hingga malam. Kenapa tunggu lagi...